Kepentingan beberapa pasaran utama negara asean kepada pembangunan industri pelancongan Malaysia
Redzuan Othman, and Norlida Hanim Mohd Salleh, (2007) Kepentingan beberapa pasaran utama negara asean kepada pembangunan industri pelancongan Malaysia. International Journal of Management Studies, 14 (2). pp. 163-183. ISSN 0127-8983 Official URL: http://ijms.uum.edu.my/index.php?option=com_phocadownload&view=category&id=5:ijms-vol.-14-no-2.-december-2007&Itemid=12 AffiliationsUniversiti Kebangsaan Malaysia, Faculty of Economics and Business Universiti Kebangsaan Malaysia, Faculty of Economics and Business AbstractSatu ciri penting industri pelancongan Malaysia ialah kemasukan pelancong antarabangsa dan sebahagian besarnya adalah daripada negara ASEAN. Pada tahun 1985 misalnya pelancong dari negara ASEAN menyumbang 75% daripada jumlah ketibaan pelancong ke negara ini. Tahun 2000 mencatatkan pengurangan iaitu 68% dan kembali meningkat kepada 75% pada tahun 2004. Penyumbang utama ketibaan ini didahului oleh negara Singapura, diikuti oleh Thailand dan Indonesia (dinamakan ASEAN3). Ketiga-tiga negara ini menguasai lebih 95% daripada jumlah ketibaan pelancong daripada rantau ASEAN keseluruhannya. Pada tahun 2004, sejumlah 97% daripada keseluruhan ketibaan pelancong ASEAN datangnya daripada ASEAN3 ini. Memandangkan kepentingan ASEAN3 ini dalam membantu membangunkan industri pelancongan negara, kajian ini dilakukan untuk membincangkan faktor-faktor utama yang menggalakkan kemasukan mereka ke negara ini. Faktor penting yang dijangka mempengaruhi kemasukan mereka ialah kos semasa melancong di Malaysia, pendapatan pelancong, destinasi alternatif, krisis ekonomi global dan alam sekitar serta kempen penggalakan kerajaan untuk melawat Malaysia. Kajian ini menganggarkan kepentingan faktor ini dengan menggunakan kerangka kointegrasi Engle-Granger. Hasil kajian mendapati kebanyakan pemboleh ubah yang digunakan adalah signifikan secara statistik dan selari dengan teori ekonomi.
ABSTRACT
One noticeable feature of the Malaysian tourism industry is the dependence upon ASEAN countries for its tourist arrivals. In 1985, ASEAN countries contributed about 75% to the total tourist arrivals to Malaysia. In 2000, the figure had dropped slightly to 68% and increased back to 75% in 2004. The most important providers for tourist arrivals is dominated by Singapore,followed by Thailand and Indonesia (named as ASEAN3). The ASEAN3 controlled about 96% and 97% of the total ASEAN tourist arrivals in 2000 and 2004 respectively. Due to the importance of ASEAN3 to the growth of the Malaysian tourism industry, this study has attempted to identify and analyse economic factors influencing their arrivals to Malaysia. Among these important factors were expenses while traveling in Malaysia, their income, alternative destinations, global economic and environmental crisis, and promotional campaign for visiting Malaysia. The study empirically estimated the mentioned variables utilising the Engle-Granger cointegration framework. Findings of this study have shown that most of the coefficients estimated were statistically significant and consistent with the theoretical framework. | Item Type: | Journal |
|---|
| Additional Information: | Formerly known as Jurnal Analisis |
|---|
| Keywords: | Pelancongan ASEAN; Profil pelancong; Punca Unit; Kointegrasi; Engle-Granger. Tourism, Asean countries; Tourist profile; Unit root; Cointegration; Engle-Granger. |
|---|
| Subjects: | H Social Sciences, Economics, Sociology |
|---|
| ID Code: | 10609 |
|---|
Repository Staff Only: item control page
|