Membangun kemahiran generik menerusi persatuan dan kelab di politeknik Malaysia
Ahmad Esa, and Jailani Md Yunos, and Noraini Kaprawi, (2005) Membangun kemahiran generik menerusi persatuan dan kelab di politeknik Malaysia. Journal Personalia Pelajar (9). pp. 59-76. ISSN 0128-2735 AffiliationsKolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn AbstractThis working paper tries to identify the developing of the generic skills among the students at the polytechnic through their society and club activities. The design of the research that had been used is descriptive method which involved the lectures and the students from six polytechnics in Malaysia. The instrument that had been used is the Generic Skills Questionnaire Form constructed by the researcher. The data had been analyzed using the SPSS program version 11.5. The result of the research shows that through society and club activities the students not only get the benefit for their social activities but also a few others generic skills such as communication skills, solving problems, making decisions, leadership, management, interpersonal and working in group. The result from the research that had been done shows that society and club activities among the technical students are important because it also help towards the generic skills that they will implement in their career.
Kertas kerja ini bertujuan mengenal pasti pembangunan kemahiran generik di kalangan pelajar di politeknik menerusi kegiatan persatuan dan kelab. Reka bentuk penyelidikan yang digunakan ialah kajian deskriptif yang melibatkan pensyarah dan pelajar di enam buah politeknik di Malaysia. Instrumen yang digunakan ialah Borang Soal Selidik Kemahiran Generik yang dibina sendiri oleh penyelidik. Data-data yang telah diperoleh, dianalisis dengan menggunakan program SPSS versi 11.5. Dapatan kajian menunjukkan menerusi kegiatan persatuan dan kelab pelajar bukan sahaja mendapat faedah daripada segi bersosialisasi tetapi pelajar turut menerima beberapa kemahiran generik seperti kemahiran berkomunikasi, penyelesaian masalah, membuat keputusan, kepimpinan, pengurusan, interpersonal dan bekerja dalam kumpulan. Hasil kajian yang telah dijalankan membuktikan bahawa kegiatan persatuan dan kelab di kalangan pelajar aliran teknik adalah penting kerana turut menyumbang kepada pembangunan kemahiran generik yang dapat mereka aplikasikan apabila menceburi alam pekerjaan. | Item Type: | Journal |
|---|
| Additional Information: | First volume, Bil. 1 (Jun 1989)- |
|---|
| Keywords: | Generic skills, Universities and colleges, Students, clubs and societies |
|---|
| Subjects: | L Education |
|---|
| ID Code: | 10768 |
|---|
Repository Staff Only: item control page
|