Pengembangan Satu Teknik Pemekatan Fasa Pepejal Bagi Analisis Logam Berat dalam Air Minum
Md. Pauzi Abdullah, and Rizana Yusof, and Zakaria, M.B. (2006) Pengembangan Satu Teknik Pemekatan Fasa Pepejal Bagi Analisis Logam Berat dalam Air Minum. Malaysian Journal of Analytical Sciences, 10 (1). pp. 99-108. ISSN 13942506 Full text not available from this repository. Official URL: http://pkukmweb.ukm.my/~mjas/v10_n1/15_mpauzi.pdf AffiliationsUniversiti Kebangsaan Malaysia, Faculty of Science & Technology, School of Chemical Science and Food Technology AbstractA solid phase preconcentration technique with the final analysis using ICP-OES was developed for the analysis of lead, cadmium, copper, nickel and manganese in drinking water. Three different adsorbents namely commercial Chelex 100 (i.e. the polystyrene-divinylbenzene with imidodiacetic acid functional group), Amberlite XAD-4 resin coated with ammonium pyrolidine dithiocarbamate (APDC) and the C18-silica gel chelated with 4-(2-pyridilazo)-resorcinol (PAR) were evaluated for this purpose. For each adsorbent, adsorption study was carried out at optimized conditions in terms of sample solution pH, volume of elution and the flow rate. The parameters investigated include recovery, extraction efficiency, accuracy, precision, method detection limit, limit of quantitation, adsorption capacity and the reuse potential of the adsorbent. Result shows that the Chelex 100, with the recovery ranged from 85-118%, is the best adsorbent for the analysis of Pb, Cd, Cu, Ni and Mn at the metals concentration ranges of 10 to 400 µg/l. In contrast, the C18-silica gel is only found to be suitable at pH 7 but only with the recovery of 65 to 83%. The adsorbent based on XAD-4 seemed to selectively adsorbed Pb as much as 83% but not other metals studied.
Satu teknik pemekatan berasaskan pengekstrakan fasa pepejal dan pengesanan akhir dengan spektrometri pancaran plasma gandingan aruhan (ICP-OES) telah dikembangkan bagi penentuan logam plumbum, kadmium, kuprum, nikel dan mangan dalam air minum. Tiga jenis penjerap yang berbeza telah dinilai dengan membandingkan keupayaan masing-masing dalam pemekatan. Penjerap yang dinilai termasuklah resin penukar ion komersial polistirena divinilbenzena dengan sepasang kumpulan berfungsi asid iminodiasetik (Chelex 100), ammonium pirolidin ditiokarbamat (APDC) yang dilapiskan pada penjerap polimer Amberlite XAD-4 dan 4-(2-piridilazo)-resorsinol (PAR) yang dikelatkan pada penjerap C18-silika gel. Setiap keadah pemekatan dioptimumkan dari segi pH sampel, isipadu pengelusi dan kadar alir pengelusian. Manakala parameter yang dikaji meliputi pemulihan semula, kecekapan pengekstrakan, kejituan, kepresisan, had pengesanan kaedah, had kuantitatif dan kebolehgunaan semula penjerap. Hasil kajian mendapati bahawa kaedah pemekatan dengan Chelex 100 adalah paling baik untuk menganalisis semua ion logam yang dikaji berbanding dua sistem penjerap yang lain dengan pemulihan semula 85-118% pada julat kepekatan 10 hingga 400 µg/l. Penjerap C18-silika gel didapati peka terhadap pH dan pada pH 7 mempunyai pemulihan semula sekitar 65-83%. Penjerap berasasakan Amberlite XAD-4 pula hanya dapat menjerap unsur Pb sahaja dengan kadar 83% tetapi gagal mengelusikannya keluar. Penjerap ini didapati tidak menjerap logam lain yang dikaji. | Item Type: | Journal |
|---|
| Additional Information: | Acknowledges the Ministry of Science, Technology and Environment for the financial support IRPA 08-02-02-0009-EA179. |
|---|
| Keywords: | Metals in drinking water, Chelex 100, C18-Silica gel-APDC, XAD-4. |
|---|
| Subjects: | Q Science |
|---|
| ID Code: | 1080 |
|---|
Repository Staff Only: item control page
|