Situasi pembelajaran bahasa asing di institut Pengajian Tinggi: Perbandingan anatara bahasa Arab, bahasa Mandarin dan bahasa Perancis
Azman Che Mat, and Goh, Ying Soon , (2010) Situasi pembelajaran bahasa asing di institut Pengajian Tinggi: Perbandingan anatara bahasa Arab, bahasa Mandarin dan bahasa Perancis. Asean Journal of Teaching and Learning in Higher Education, 2 (3). pp. 10-21. ISSN ISSN :1985-5826 Official URL: http://pkukmweb.ukm.my/jtlhe/Default.aspx AffiliationsUniversiti Teknologi MARA Universiti Teknologi MARA AbstractPengajaran dan pembelajaran bahasa asing dalam sistem pendidikan Malaysia mempunyai banyak tujuan. Antaranya ialah supaya pelajar mampu menggunakannya untuk berkomunikasi. Namun tujuan ini agak sukar dicapai sekiranya terdapat halangan psikologi dan kekangan sikap dalam pembelajaran bahasa asing dalam kalangan pelajar. Kajian-kajian tentang sikap terhadap pembelajaran bahasa asing telah dijalankan oleh pensyarah bahasa asing di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Terengganu. Kursus bahasa Arab, bahasa Mandarin dan bahasa Perancis yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPTA) ini dikategorikan sebagai bahasa asing. Makalah ini akan menganalisis secara perbandingan melalui pendekatan meta-analisis ke atas dapatan kajian-kajian tersebut serta memperlihatkan beberapa cabaran yang perlu ditangani agar dapat diamalkan oleh pengajar-pengajar bahasa asing dari peringkat sekolah sehinggalah ke peringkat IPT. Seterusnya beberapa saranan yang boleh diterapkan juga diberikan untuk menghadapi cabaran ini dalam usaha meningkatkan motivasi pembelajaran bahasa asing demi menyahut cabaran globalisasi yang multi-bahasa dan cabaran bahasa Inggeris yang ‘mengancam’ keperluan kepelbagaian bahasa.
The teaching and learning of foreign languages aim to achieve numerous outcomes; among them is to enable students to communicate. Attitude and psychological factors form barriers in the success of foreign language communication skills among students. Previous studies of how attitude affects foreign language learning have been carried out by UiTM Terengganu as Arabic, Mandarin, and French are among foreign language courses offered in UiTM (Higher Learning Institutions) HLI. A meta-analysis of the findings is presented; highlighting several challenges and solutions which may be employed by foreign languages instructiors at school and HLI. In an effort to motivate the teaching and learning of foreign languages, a few practicable suggestions are given in view of the challenge that English language as ‘threatening’ language diversity needs. | Item Type: | Journal |
|---|
| Keywords: | sikap, pembelajaran, bahasa Arab, bahsa Mandarin, bahasa Perancis attitude, learning, Arabic language, Chinese language, French language |
|---|
| Subjects: | L Education |
|---|
| ID Code: | 10969 |
|---|
Repository Staff Only: item control page
|