Pengetahuan dan sikap rakan sebaya terhadap pelajar kurang upaya di sebuah IPTA di Malaysia
Hasnah Toran, and Tajul Arifin Muhamad, and Mohd Hanafi Mohd Yasin, and Mohd Mokhtar Tahar, and Nur Hazwani Hamzah, (2010) Pengetahuan dan sikap rakan sebaya terhadap pelajar kurang upaya di sebuah IPTA di Malaysia. Asean Journal of Teaching and Learning in Higher Education, 2 (2). pp. 22-34. ISSN ISSN :1985-5826 Official URL: http://pkukmweb.ukm.my/jtlhe/Default.aspx AffiliationsUniversiti Kebangsaan Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia AbstractSikap negatif terhadap Orang Kurang Upaya (OKU) dikenal pasti sebagai suatu halangan kepada mereka untuk mengambil bahagian secara penuh di dalam masyarakat. Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui tahap pengetahun pelajar IPTA tentang OKU, dan menyelidiki persepsi dan sikap pelajar IPTA terhadap rakan sebaya yang mempunyai kekurang upayaan. Kajian ini merupakan sebuah kajian kuantitatif dan data diperolehi melalui borang soal selidik. Responden bagi kajian ini dipilih menggunakan kaedah persampelan rawak berlapis dan terdiri daripada 120 orang pelajar dari 12 fakulti. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan responden tentang OKU berada pada tahap sederhana. Dapatan turut memperlihatkan bahawa pandangan dan sikap responden terhadap OKU adalah sederhana positif. Menerusi dapatan kajian ini, dapat disimpulkan bahawa, tahap pengetahuan yang tinggi mengenai OKU boleh membentuk persepsi dan sikap yang positif dalam kalangan mahasiswa/i IPTA terhadap rakan pelajar OKU. Implikasi kajian serta cadangan untuk kajian lanjutan juga dikemukakan untuk tindakan selanjutnya oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab. Oleh itu, diharapkan kajian ini dapat memberi input dan manfaat agar kesedaran tentang OKU dapat dipertingkatkan dan seterusnya dapat menjamin penerimaan golongan tersebut dalam kalangan masyarakat kampus.
Negative attitudes towards people with disabilities (PWD) form barriers for them to participate fully in society. This study investigated the level of knowledge of students in a local institute of higher education about PWD and to study students’ perceptions and attitudes towards their peers with disabilities. There were 120 respondents from 12 faculties for this research who were selected through a tiered random sampling method. Data was collected through questionnaires and later analyzed statistically. Findings from this research showed that the level of knowledge of PWD among respondents was moderate. Perceptions and attitudes of respondents towards PWD were moderately positive. This research suggested that a high level of knowledge and exposure of PWD may have a positive impact on students’ perceptions and attitudes towards peers with disabilities.Research implications and suggestions for future studies were presented for further action by those who may be interested to venture further into this area. It is hoped that this research will provide input that will be beneficial to heighten the awareness of PWD that will lead to their full acceptance by society on campus. | Item Type: | Journal |
|---|
| Keywords: | Orang Kurang Upaya, institut pengajian tinggi, pengetahuan dan sikap
people with disabilities, institute of higher education, knowledge and attitude |
|---|
| Subjects: | L Education |
|---|
| ID Code: | 10970 |
|---|
Repository Staff Only: item control page
|