Author, Subjects, Keywords

Cited Author

 

 
   » By Author or Editor
 » Browse Author by Alphabet
 » By Journal
 » By Subjects
 » Malaysian Journals
 » By Type
 » By Year
 » By Latest Additions
 
 
   » By Author
 » Top 20 Authors
 » Top 20 Article
 » Top Journal Cited
 » Top Article Cited
 » Journal Citation Statistics
 » Usage Since Sept 2007


 
 
 

Login | Create Account

Hubungan antara faktor demografi terhadap fobia pengucapan awam dalam kalangan pelajar politeknik: sati kajian awal

Mohd Effendi Ewan Mohd Matore, (2010) Hubungan antara faktor demografi terhadap fobia pengucapan awam dalam kalangan pelajar politeknik: sati kajian awal. Journal of Human Capital Development, 3 (1). pp. 85-98. ISSN 1985-7012

[img]
Preview
PDF - Requires a PDF viewer such as GSview, Xpdf or Adobe Acrobat Reader
511Kb

Official URL: http://jhcd.utem.edu.my

Affiliations

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Abstract

Salah satu daripada teras kokurikulum di universiti adalah pengucapan awam. Setelah hampir 30 tahun, institusi pengajian tinggi (IPT) dibenarkan mewujudkan semula sudut pidato khas bagi meningkatkan kemahiran pengucapan awam dalam kalangan mahasiswa. Malangnya status pengucapan awam berada di tangga paling bawah daripada segi jumlah program yang dianjurkan oleh universiti dan penyertaan penuntut. Kajian lepas membuktikan bahawa pengucapan awam merupakan ketakutan pertama dan fobia bagi manusia. Maka, kajian awal ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap fobia pengucapan awam pelajar secara keseluruhan dan mengenal pasti tahap fobia pengucapan awam pelajar di politeknik daripada aspek gender dan latar kelahiran. Kajian turut mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan tahap fobia pengucapan awam pelajar daripada aspek gender dan latar kelahiran. Selain itu, kajian menyentuh hubungan antara pelajar daripada aspek kendiri dan pencapaian akademik dengan tahap fobia pengucapan awam pelajar. Seramai 40 orang pelajar bagi subjek Seminar (J5822) di Politeknik Kota Kinabalu telah dipilih secara persampelan rawak mudah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap fobia pengucapan awam pelajar yang mengikuti kelas Seminar (J5822) adalah amat tinggi. Tahap fobia pelajar perempuan lebih tinggi berbanding pelajar lelaki. Manakala pelajar yang lahir di luar bandar memiliki tahap fobia pengucapan awam yang lebih tinggi berbanding pelajar yang lahir di bandar. Kajian telah menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik di antara tahap fobia pengucapan awam pelajar lelaki dan perempuan serta pelajar kelahiran bandar dan luar bandar. Dapatan kajian juga menunjukkan kekuatan korelasi yang kuat bagi elemen pencapaian akademik (r=.806, p=.000) terhadap tahap fobia pengucapan awam pelajar. Hanya elemen kendiri sahaja memiliki kekuatan korelasi yang sangat lemah. Sehubungan dengan beberapa keputusan – keputusan kajian yang diperoleh, maka implikasi dan cadangan telah dikemukakan.

Item Type:Journal
Keywords:fobia, pengucapan awam, gender, latar kelahiran, pencapaian akademik, kendiri.
Subjects:H Social Sciences, Economics, Sociology
ID Code:11353

Abdul Rashid Mohamed dan Mohamad Daud Hamzah. (2005). Kajian Korelasi Emosi Malu Dengan Pencapaian Akademik Di Kalangan Mahasiswa Melayu. Jld. 20, 153 - 167. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Vol. 3 No. 1 January - June 2010.

Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill.

Eddie Rosyadie. (2007). Juara Pentas! : Panduan Praktikal Pengucapan Awam. Kuala Lumpur: PTS Litera Utama.

Effa Rina Mohd Matore. (1999). “Perbandingan Konsep Kendiri Pelatih – Pelatih Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) dan Pelatih – Pelatih Pusat Serenti.” Tesis Sarjana Muda: Universiti Putra Malaysia.

Fobia Objek dan Situasi. (2010, 16 Februari). Utusan Malaysia.

Haspaizi Mohd Zain. (2009, 19 Januari). Sudut Pidato galak percambahan minda. Berita Harian.

Holmes B. L. (1997). Reducing Public Speaking Anxiety For Community College Students: The Effects Of A Combination Anxiety Reduction Technique On Trait And State Anxiety. Virginia Polytechnic Institute and State University. Falls Church, Virginia.

Kamaliah Abu. (1993). “Konsep Kendiri dan Hubungannya dengan Pencapaian Akademik di Kalangan Pelajar Institut Pengajian Tinggi.” Universiti Putra Malaysia.

Kamus Dewan. (2005). Edisi Keempat, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Krejcie, R.V. & Morgan, D.W. (1970). Determining Sample Size For Research Activities, Educational and Psychological Measurement, 30, 607-610.

McCroskey, J.C. (1970). Measures of communication-bound anxiety. Speech Monographs, 37, 269 – 277.

Mohd Sofian Omar Fauzee, Mariani Md Noor & Rosli Jamil Ahmad Zainuddin. (2007). Psikologi Pengucapan Awam Yang Dinamik dan Berkesan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Nik Hasnaa Bt Nik Mahmood. (2006). Kebimbangan Komunikasi di Kalangan Pelajar UTM: Satu Realiti atau Mitos? Universiti Teknologi Malaysia.Johor.

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi 2007 – 2010. (2007). Kuala Lumpur: Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Petikan Ucapan oleh YAB Dato Seri Mohamed Khaled Nordin semasa Merasmikan Sudut Pidato, Teres Eko Niaga dan Pelancaran Sistem Penilaian Kompetensi Generik di Universiti Kebangsaan Malaysia.(2010, 15 Januari).Utusan Malaysia.

Pribyl C.B, Keaten J. & Masahiro Sakamato. (2001). The Effectiveness Of A Skills-Based Program In Reducing Public Speaking Anxiety. Volume 43, No. 3, 148–155. Japanese Psychological Research Short Report.

Saiful Sahak. (2009, 31 Disember). Sudut Pidato diwujudkan semula. Utusan Malaysia.

Sudut Pidato masih belum panas. (2010, 25 Januari). Sudut Bestari: Harian Metro.

Sudut Pidato diwujud semula. (2010, 15 Januari).Utusan Malaysia.

Supyan Hussin & Azhar Jaludin (2006) Kecemerlangan Dalam Pengucapan Awam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Repository Staff Only: item control page