Author, Subjects, Keywords

Cited Author

 

 
   » By Author or Editor
 » Browse Author by Alphabet
 » By Journal
 » By Subjects
 » Malaysian Journals
 » By Type
 » By Year
 » By Latest Additions
 
 
   » By Author
 » Top 20 Authors
 » Top 20 Article
 » Top Journal Cited
 » Top Article Cited
 » Journal Citation Statistics
 » Usage Since Sept 2007


 
 
 

Login | Create Account

Peraturan Publisiti Dalam Profesion Guaman : Justifikasi Ke Arah Penilaian Semula

Harlina Mohamed On, and Rahimi Shapiee , (2009) Peraturan Publisiti Dalam Profesion Guaman : Justifikasi Ke Arah Penilaian Semula. Jurnal Undang-Undang Dan Masyarakat , 13 . pp. 96-114. ISSN 1394-7729

[img]
Preview
PDF (Journal article) - Requires a PDF viewer such as GSview, Xpdf or Adobe Acrobat Reader
750Kb

Official URL: http://www.ukm.my/juu/fuujurnal

Affiliations

Universiti Kebangsaan Malaysia. Faculty of Economics and Business
Universiti Kebangsaan Malaysia. Faculty of Law

Abstract

Secara tradisinya, profesion guaman di seluruh dunia dikawal ketat oleh undang-undang statutori dan peraturan kendiri yang digubal oleh badan profesional. Berhubung tatalaku profesional, lazimnya terdapat peraturan publisiti yang, sama ada melarang secara total para peguam membuat publisiti mengenai perkhidmatan, atau membenarkan publisiti tetapi tertakluk kepada pelbagai sekatan. Larangan atau sekatan sebegini boleh menghalang pembaharuan dan kecekapan dalam menyediakan perkhidmatan. Namun, beberapa dekad kebelakangan ini, misalnya di negara-negara yang menganggotai Pertubuhan bagi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (DECD), terdapat kecenderungan untuk melonggar atau menghapuskan larangan atau sekatan publisiti dalam profesion guaman. Antara alasan yang mewajarkan kecenderungan tersebut ialah tuntutan daya saing di peringkat global, hak pengguna terhadap maklumat, perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi serta kecenderungan lain-lain profesion dalam meliberalkan peraturan publisiti mereka. Walau bagaimanapun, peraturan publisiti yang mengawal profesion guaman di Malaysia masih lagi berada di takuk lama, tidak seiring dengan perkembangan semasa serta tidak mengimbangi kepentingan profesion dan golongan pengguna. Berdasarkan tinjauan kepustakaan dan pemerhatian oleh penulis, artikel ini menjejaki dengan lebih lanjut situasi yang menjadi sandaran negara-negara luar dalam mewajarkan tindakan mereka meliberalkan peraturan publisiti. Penulis mendapati situasi yang sama boleh digunakan sebagai justifikasi untuk menilai semula peraturan publisiti yang mengawal profesion guaman di Malaysia. Sebagai tambahan, artikel ini turut memaparkan secara ringkas, larangan dan sekatan yang terkandung dalam peraturan publisiti dalam profesion guaman di Malaysia.

[Traditionally, the legal professions are heavily regulated by statutory laws and self-regulatory rules issued by professional bodies. With respect to professional conduct, for example, there are often rules on publicity which either totally prohibit lawyers from publicizing their services, or allow but subject to many restrictions. Such prohibitions or restrictions can be an impediment to innovation and efficiency. For several decades, for instance in most DECD countries, there has been a tendency to relax or even abolish the prohibitions or restrictions on publicity. Several reasons have been given to justifY this tendency, such as, the advent of global competition, the rights of information of the consumers, the development of information and communication technology, and the tendency ofother professions in liberalizing their publicity rules. In Malaysia, however,our publicity rules are rather archaic, inconsis,tent with current development and do not form a proportionate balance between the interests of the profession and ofthe public. Based on the literature review and observation done by the authors, this article enumerates justification given by other countries in liberalizing their pUblicity rules. The authors find that the same justification can be adopted in reviewing publicity rules Yl!hich regulate our legal profession. In addition, this article also outlines prohibitions and re,stricUons which are currently contained in our publicity rules].

Item Type:Journal
Additional Information:Translated title: Publicity Rules in the Legal Profession : Justification for a Review
Keywords:Undang-undang statutori, peraturan kendiri, profesion guaman, peraturan, publisiti, statutory laws; self-regulatory rules, legal profession, publicity
Subjects:K Law
ID Code:11702

Repository Staff Only: item control page