Prestasi Penglihatan Binokular Lemah Konvergens
Faudziah Abd Manan, and Nor Aini Hanafi, and Norliza Mohd Fadzil, (2010) Prestasi Penglihatan Binokular Lemah Konvergens. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 8 (1). pp. 39-43. ISSN 1675-8161 Official URL: http://www.fskb.ukm.my/fskbold/jurnal/jilid8(1).html AffiliationsUniversiti Kebangsaan Malaysia. Faculty of Allied Health Sciences Universiti Kebangsaan Malaysia. Faculty of Allied Health Sciences Universiti Kebangsaan Malaysia. Faculty of Allied Health Sciences AbstractLemah konvergens (CI) adalah anomali penglihatan binokular yang melibatkan kesukaran dua mata menumpu semasa
penglihatan dekat. Kajian ini mengkaji prestasi penglihatan binokular subjek CI. Prestasi binokular iaitu, akuiti
penglihatan (VA) binokular jauh, VA binokular dekat dan stereoakuiti dibandingkan antara subjek CI dengan subjek
normal. Seramai 30 subjek CI purata umur 17.33 ± 5.49 tahun dan 30 subjek normal purata umur 18.77 ± 6.08 tahun
mempunyai VA 6/6 atau lebih baik, ralat refraksi sfera tidak melebihi ± 4.00 DS, astigmatisme tidak lebih daripada 2.00 DC, tiada juling dan tidak pernah menjalani terapi penglihatan, mempunyai kesihatan am dan kesihatan okular yang baik mengambil bahagian dalam kajian ini. VA monokular mata kanan, VA monokular mata kiri, VA binokular dan
stereoakuiti dua kumpulan subjek diukur dan dibandingkan. Keputusan kajian mendapati perbezaan yang signifikan
bagi VA binokular jauh (t = 2.31, p < 0.05), VA binokular dekat (t = 0.89, p < 0.05) dan stereoakuiti (Z = -2.81, p < 0.01)antara subjek CI dengan subjek normal. Kesimpulan kajian menunjukkan subjek kumpulan CI mengalami penurunan
prestasi penglihatan binokular jauh, prestasi penglihatan binokular dekat dan stereoakuiti yang signifikan lebih
rendah berbanding kumpulan normal. | Item Type: | Journal |
|---|
| Additional Information: | Kajian ini dibiaya oleh Geran UKM NN-032-2004. Terima
kasih diucapkan atas kerjasama semua pihak di Klinik
Optometri UKM dan di Klinik Mata Hospital Tuanku Jaafar
Seremban, yang turut menjayakan kajian ini. |
|---|
| Keywords: | Lemah konvergens, prestasi binokular, akuiti penglihatan, stereopsis, Convergence insufficiency, binocular performance, visual acuity |
|---|
| Subjects: | R Medicine, Dentistry, Pharmacy, Nursing |
|---|
| ID Code: | 11854 |
|---|
Repository Staff Only: item control page
|