Hubungan kejiranan dalam membentuk kesejahteraan hidup masyarakat ‘kampung bandar’: Kes Kampung Berjaya dan Kampung Mempelam, Alor Setar, Malaysia
Mohd Yusof Hussain, and Mohamad Shaharudin Samsurijan, and Suraiya Ishak, and Abd. Hair Awang, (2011) Hubungan kejiranan dalam membentuk kesejahteraan hidup masyarakat ‘kampung bandar’: Kes Kampung Berjaya dan Kampung Mempelam, Alor Setar, Malaysia. Geografia - Malaysian Journal of Society and Space , 7 (3). pp. 36-44. ISSN 2180-2491 Official URL: http://www.ukm.my/geografia AffiliationsUniversiti Kebangsaan Malaysia. Faculty of Humanities and Social Sciences Universiti Kebangsaan Malaysia. Faculty of Humanities and Social Sciences Universiti Kebangsaan Malaysia. Faculty of Humanities and Social Sciences Universiti Kebangsaan Malaysia. Faculty of Humanities and Social Sciences AbstractHubungan kejiranan adalah penting dalam melahirkan masyarakat sejahtera. Ia juga boleh dianggap sebagai penentu kesejahteraan hidup bagi sesuatu masyarakat, melaluinya juga kerjasama dan perpaduan masyarakat dapat dibentuk. Di dalam kajian ini penyelidik telah memilih penduduk di Kampung Berjaya dan Kampung Mempelam, Alor Setar, Kedah iaitu kampung yang wujud dalam bandar sebagai responden. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji persepsi penduduk terhadap tahap kesejahteraan hidup mereka dalam aspek hubungan kekeluargaan dan kejiranan dan seterusnya menganalisis faktor penentu tahap kesejahteraan hidup penduduk sebagai penghuni di “urban village” ini. Seramai 132 orang ketua isi rumah telah ditemuselidik dan jumlah ini mewakili 30% jumlah ketua isi rumah yang terdapat di Kampung Berjaya dan Kampung Mempelam. Hasil kajian telah menunjukkan bahawa hubungan kekeluargaan sahaja masih belum cukup untuk menjamin kesejahteraan, manakala hubungan kejiranan yang baik telah dianggap sebagai penentu kesejahteraan hidup penduduk. Namun, gabungan kedua-dua hubungan ini lebih memberi jaminan kesejahteraan hidup masyarakat “urban village”. | Item Type: | Journal |
|---|
| Keywords: | hubungan kejiranan, ‘kampung bandar’, kejiranan, kesejahteraan sosial, pertalian keluarga, solidariti, solidarity, neighbourhood, family relations; |
|---|
| Subjects: | H Social Sciences, Economics, Sociology |
|---|
| ID Code: | 12119 |
|---|
Repository Staff Only: item control page
|