Fenomena Pulau Haba Bandar dan isu alam sekitar di Bandaraya Kuala Lumpur
Shaharuddin Ahmad, and Noorazuan Md. Hashim, and Yaakob Mohd Jani, (2009) Fenomena Pulau Haba Bandar dan isu alam sekitar di Bandaraya Kuala Lumpur. Geografia - Malaysian Journal of Society and Space, 5 (3). pp. 57-67. ISSN 2180-2491 Official URL: http://www.ukm.my/geografia AffiliationsUniversiti Kebangsaan Malaysia. Faculty of Humanities and Social Sciences Universiti Kebangsaan Malaysia. Faculty of Humanities and Social Sciences Universiti Kebangsaan Malaysia. Faculty of Humanities and Social Sciences AbstractPulau Haba Bandar (PHB) bukanlah sesuatu fenomena baru yang wujud dan terbentuk di kebanyakan bandar raya besar di dunia hari ini. Keadaan ini dialami juga oleh kebanyakan bandar-bandar besar di Malaysia sejak beberapa dekad di penghujung kurun yang lalu. PHB boleh didefinisikan sebagai pengaruh morfologi bandar terhadap parameter iklim dan cuaca semula jadi yang wujud di persekitaran bandar. Umumnya, peningkatan suhu dapat diperhatikan berlaku di kawasan-kawasan tepubina di dalam bandar
berbanding dengan kawasan-kawasan pinggir dan luar bandar. Kebanyakan kajian membahaskan isu alam sekitar pulau haba bandar ini dengan mengaitkan faktor perkembangan bandar dan perindustrian yang begitu pesat sehingga mampu merubah pola dan trend suhu semula jadi di persekitaran bandar. Justeru, berasaskan penyataan ini kajian ini cuba menganalisis aspek pola pulau haba bandar yang berlaku di Kuala Lumpur sejak kebelakangan ini. Dengan menggunakan teknik penderiaan jauh, imej satelit landsat TM dan
ETM+ serta GIS digunakan bagi mengesan sebarang perubahan pola suhu yang berlaku di Kuala Lumpur mengikut pola gunatanah yang berbeza. Hasil kajian menunjukkan banyak kawasan yang merekodkan suhu sederhana tinggi manakala pola pulau haba bandar direkodkan di kawasan-kawasan seperti Jinjang-Kepong, Segambut-Sentul dan sedikit di sebelah selatan kawasan kajian. Fenomena pulau haba bandar yang dianggap sebagai isu alam sekitar bandar yang unit ini banyak berkait rapat dengan aspek pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar bandar. Dapat dikatakan, di samping faktor fizikal, faktor manusia juga amat penting dalam menentukan sejauhmanakah sifat kadar intensiti pulau haba bandar. | Item Type: | Journal |
|---|
| Keywords: | imej satelit, kadar Bowen, kawasan tepubina, keselesaan terma, Pulau Haba Bandar, satellite images, Kuala Lumpur, city environment |
|---|
| Subjects: | H Social Sciences, Economics, Sociology |
|---|
| ID Code: | 12172 |
|---|
Repository Staff Only: item control page
|