Aplikasi Ujian Kecerdasan kepada Pelajar Sekolah (Application of the Intelligence Tests to School Students)
Shafiza Mohamed, and Siti Rahayah Ariffin, (2011) Aplikasi Ujian Kecerdasan kepada Pelajar Sekolah (Application of the Intelligence Tests to School Students). Journal of Quality Measurement and Analysis (JQMA), 7 (2). pp. 85-95. ISSN 1823-5670 Official URL: http://www.ukm.my/ppsmfst/jqma/ AffiliationsUniversiti Kebangsaan Malaysia. Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia. Faculty of Education AbstractFaktor G merupakan ukuran kecerdasan am bagi tahap kognitif individu dalam aspek kehidupan. Kajian mendapati faktor G berkait rapat dengan kecemerlangan pelajar dalam akademik. Makalah konsep ini bertujuan menerangkan teori kecerdasan dan aplikasi ujian kecerdasan kepada pelajar sekolah. Penilaian kecerdasan intelek (IQ) melalui penaksiran akademik seperti ujian pencapaian tidak dapat membangunkan individu yang berjaya dalam jasmani, emosi, rohani dan intelek. Ujian kecerdasan merupakan satu kaedah yang sesuai untuk mengukur IQ pelajar. Didapati ujian kecerdasan yang ada tidak hanya mengukur aspek pengetahuan akademik sahaja, malahan juga mengukur faktor kognitif yang perlu dimiliki oleh seseorang individu. Aplikasi ujian kecerdasan sangat berguna untuk membangunkan potensi pembelajaran individu. Walau bagaimanapun, mekanisma untuk memberikan keputusan dalam ujian kecerdasan hendaklah dipiawaikan dan sah supaya dapat ditafsirkan dengan betul dan memberikan keputusan yang adil. Keputusan daripada ujian kecerdasan berguna untuk memberi maklum balas kepada pelajar dan juga mengambil tindakan susulan bagi intervensi dalam meningkatkan pembangunan kognitif pelajar.
[G factor is a general measure for an individual’s cognitive level of intelligence. Research indicates that G factor is associated with student’s academic excellence. This concept paper aims to explain the theory of intelligence and the application of the intelligence tests to school students. Evaluation of the intelligence quotient (IQ) through the academic assessment such as achievement test will not be able to develop a successful student physically, emotionally, spiritually and intellectually. An intelligence test is a suitable method for measuring student’s IQ. Available intelligence tests do not only measure the aspects of knowledge in academic but also the cognitive factors that are needed for an individual. Application of the intelligence test is useful for developing student’s learning potentials. However, the mechanisms used to provide the results of the intelligence tests should be standardised and valid in order to make the right interpretations and fair decisions. Result from the intelligence test is useful for giving feedback to student as well as follow-up for the student intervention to enhance student’s cognitive development.] | Item Type: | Journal |
|---|
| Keywords: | faktor g; ujian kecerdasan; kecerdasan intelek; kognitif dan pelajar, G factor; intelligence test; intelligence quotient; cognitive and student |
|---|
| Subjects: | L Education |
|---|
| ID Code: | 12260 |
|---|
Repository Staff Only: item control page
|