Trend Kenupsialan Wanita di Semenanjung Malaysia: Satu Kajian dari Aspek Himpitan Perkahwinan
Marina Zahari, and Wan Norsiah Mohamed, and Lai, Lee Kung, (2011) Trend Kenupsialan Wanita di Semenanjung Malaysia: Satu Kajian dari Aspek Himpitan Perkahwinan. Journal of Quality Measurement and Analysis (JQMA), 7 (2). pp. 123-133. ISSN 1823-5670 Official URL: http://www.ukm.my/ppsmfst/jqma/ AffiliationsUniversiti Kebangsaan Malaysia. Faculty of Science and Technology Universiti Kebangsaan Malaysia. Faculty of Science and Technology Universiti Kebangsaan Malaysia. Faculty of Science and Technology AbstractKetakseimbangan jantina dalam kalangan lelaki dan wanita yang belum berkahwin telah membawa kepada fenomenon himpitan perkahwinan. Secara amnya, fenomenon ini berlaku seiring dengan arus pembangunan negara. Dengan menggunakan data Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara Malaysia dan Jabatan Perangkaan Malaysia, satu kajian telah dijalankan untuk mengesan aspek himpitan perkahwinan di Malaysia. Keputusan awal kajian mendapati fenomenon yang diukur berdasarkan penunjuk nisbah jantina wujud di Semenanjung Malaysia. Lanjutan daripada dapatan tersebut, ciri-ciri demografi dan sosioekonomi wanita belum berkahwin dikenal pasti menggunakan model regresi logistik. Faktor yang didapati mempunyai hubungan dengan status perkahwinan ialah taraf pendidikan, jenis keluarga atau isi rumah, status pekerjaan, umur dan tempat tinggal. Secara khususnya, wanita yang tinggal sendiri, berpendidikan tinggi dan bekerja terutamanya sebagai majikan cenderung untuk lewat berkahwin. Lebih menarik lagi, kesan bagi sebahagian daripada faktor-faktor tersebut ke atas status perkahwinan berbeza mengikut kumpulan etnik.
[Gender imbalance among single males and females has led to the “marriage squeeze” phenomenon. Generally, this event arises in parallel with the rapid development of a nation. Using the data from the National Population and Family Development Board and Jabatan Perangkaan Malaysia, a study to detect marriage squeeze in Malaysia was conducted. An early finding of the study confirmed the existence of this phenomenon in Peninsular Malaysia measured by a sex-ratio-based indicator. Subsequently, the demographic and socioeconomic traits of single women were identified using a logistic regression model. Factors that were found to be associated with marital status were education level, type of family or household, working status, age, and place of residence. Women who were living alone, highly educated, and working as an employer were more inclined to delay marriage. Notably, the effects of some of these factors on the marital status differed according to the ethnic groups.] | Item Type: | Journal |
|---|
| Additional Information: | Nuptiality Trend for Women in Peninsular Malaysia: A Study From the Aspect of Marriage Squeeze |
|---|
| Keywords: | Himpitan perkahwinan; status perkahwinan; nisbah jantina, marriage squeeze; marital status; sex ratio, nuptial trends, Malaysia |
|---|
| Subjects: | H Social Sciences, Economics, Sociology Q Science, Computer Science |
|---|
| ID Code: | 12263 |
|---|
Repository Staff Only: item control page
|