Stail berfikir dan stail pembelajaran pelajar jururawat: satu kajian kes di Kolej Jururawat Murni
Amnah Zanariah Abd Razak, and Norzaini Azman, (2012) Stail berfikir dan stail pembelajaran pelajar jururawat: satu kajian kes di Kolej Jururawat Murni. Asean Journal of Teaching and Learning in Higher Education, 4 (1). pp. 14-31. ISSN ISSN :1985-5826 Official URL: http://www.ukm.my/jtlhe AffiliationsUniversiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia AbstractKajian ini bertujuan untuk mengenal pasti profil stail berfikir dan stail pembelajaran dalam kalangan pelajar jururawat di Kolej Kejururawatan Murni, Nilai Negeri Sembilan. Kajian ini juga bertujuan untuk mengukur hubungan serta sumbangan stail berfikir terhadap stail pembelajaran serta kesannya ke atas pencapaian pelajar. Seramai 157 orang sampel yang terdiri daripada pelajar-pelajar tahun dua telah dipilih secara rawak. Data dikumpul menggunakan dua instrumen, iaitu instrumen Sternberg – Wagner (1997) bagi mengukur stail berfikir dan instrumen Grasha–Riechmann Student Learning Style Scales (GRSLSS) digunakan untuk mengukur stail pembelajaran. Data kuantitatif dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan program SPSS versi 11.5. Dapatan kajian menunjukkan stail berfikir dominan ialah eksekutif, judisial, monarki, oligarki, anarki, global, lokal dan konservatif, manakala stail pembelajaran dominan pula ialah kolaboratif dan kompetitif. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara stail berfikir dan stail pembelajaran pelajar. Namun, tidak ada hubungan yang signifikan antara stail berfikir dominan dengan pencapaian akademik pelajar. Dapatan juga menunjukkan stail berfikir dominan menyumbang kepada konstruk stail pembelajaran kolaboratif dan kompetitif. Kajian ini mencadangkan skor stail berfikir dan stail pembelajaran yang difikirkan ideal bagi pelajar. Berdasarkan hasil kajian, beberapa cadangan diutarakan untuk membantu meningkatkan tahap stail berfikir pelajar dengan mengambil kira stail belajar yang diperlukan bagi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran dalam usaha melahirkan jururawat yang berkualiti.
Abstract
The purpose of this study was to investigate the profiles of thinking and learning styles of nursing students at Kolej Kejuteraan Murni, Nilai, Negeri Sembilan. It also aimed to identify the relationship and contribution of thinking styles to learning styles as well as the effect on students’ academic achievements. The sample consisted of 157 second year students selected at random. Data were obtained through two questionnaires which are the Sternberg – Wagner (1997) inventory to measure thinking styles and Grasha–Riechmann Student Learning Style Scales (GRSLSS) to measure learning styles. Data collected were analysed using descriptive and inferential statisctics with the aid of SPSS programme version 11.5. The findings revealed that the dominant thinking styles were executive, judicial, monarchy, oligarchy, anarchy, global, local and conservative while the dominant leaning styles were
15
found to be collaborative and competetive. There was a significant correlation between students’ thinking styles and their learning styles. However, there was no significant correlation between the dominant thinking styles and students’ academic achievement. Findings also reveled that the dominant thinking styles contributed to the variance of collaborative and competitive learning styles. Based on the findings of the study, we offer recommendations to help increase nursing students’ critical thinking skills based upon their preferred learning styles that can inevitably help to enhance the quality of teaching and learning in the quest to produce good quality nurses.
| Item Type: | Journal |
|---|
| Additional Information: | English title: Thinking and learning style of nursing students at Murni Nursing |
|---|
| Keywords: | Jururawat berkualiti, stail berfikir, stail pembelajaran, pelajar jururawat, pelajar dewasa, Nursing education; adult learners, learning styles, nursing students, quality nurses, thinking styles |
|---|
| Subjects: | L Education |
|---|
| ID Code: | 12273 |
|---|
Repository Staff Only: item control page
|