Penggunaan PBBK(Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer) dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab sebagai bahasa asing: Satu tinjauan awal.
Ashinida Aladdin, and Afendi Hamat, and Mohd. Shabri Yusof, (2004) Penggunaan PBBK(Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer) dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab sebagai bahasa asing: Satu tinjauan awal. GEMA Online Journal of Language Studies, 4 (1). 16 p.. ISSN 1675-8021 Full text not available from this repository. Official URL: http://www.fpbahasa.ukm.my/linguistics/Gema/GemaVol4.1.2004No1.pdf AffiliationsUniversiti Kebangsaan Malaysia. Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik Universiti Kebangsaan Malaysia. Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik Universiti Kebangsaan Malaysia. Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik AbstractMemandang kepada ledakan teknologi maklumat yang semakin pesat, penggunaan komputer telah terbukti mempunyai potensi yang cukup luas dan dinamik dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Kajian penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab yang dijalankan ini, adalah satu kajian awal yang respondennya terdiri daripada 40 orang guru bahasa Arab dari sekolah agama berasrama penuh di Malaysia iaitu Kolej Islam Sultan Alam Shah, Kelang, Sekolah Menengah Agama Persekutuan, Kajang dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan, Labu. Kajian dikendalikan menggunakan tinjauan.dan bagi tujuan pengumpulan data, borang soal-selidik telah diedarkan kepada subjek kajian yang dipilih dan seterusnya data ini dianalisis secara deskriptif. Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui skop penggunaan komputer di kalangan guru dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di sekolah yang dipilih di atas. Kajian ini juga bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada guru-guru yang mengajar bahasa Arab tentang persepsi, tahap kesediaan dan peranan mereka dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab berbantukan komputer. Hasil kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa guru mempunyai persepsi yang sangat baik terhadap PBBK. Para guru juga telah menunjukkan kesediaan yang tinggi untuk menghadiri apa jua bentuk latihan yang berkaitan dengan PBBK bagi memastikan agar ianya dapat berjalan dengan lancar dan jayanya. Di bahagian akhir, pengkaji telah menyarankan beberapa cadangan untuk penggunaan PBBK dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab berdasarkan dapatan kajian. Repository Staff Only: item control page
|