Prinsip dan Pengenalan Panduan Pelaksanaan Matemadesa
Shaharir M.Z., (2001) Prinsip dan Pengenalan Panduan Pelaksanaan Matemadesa. Persatuan Matematik Malaysia (PERSAMA), Bangi, Selangor. ISBN 983-9152-92-0 AffiliationsUniversiti Kebangsaan Malaysia Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI) AbstractMatemadesa atau MATEADESA ialah satu daripada usaha Persatuan Matematik Malaysia (PERSAMA) yang dimulakan pada pertengahan tahun 1993 sebagai memenuhi satu daripada matalamat persatuan, iaitu memperomosi, mempopuar dan meningkatkan penyertaan dan taraf pencapaian pelajar matematik di Malaysia. Kegiatan di bawah Matemadesa ini, pada mulanya ditumpukan kepada pelajar dan warga desa (pelajar, ibu-bapa dan guru matematik di sekolah-sekolah desa). Sehingga tahun 1995, projek ini telah dijalankan di Baling, Rembau, Gua Musang, ITM, USM, dan UKM. Kegiatan ini disokong oleh individu-individu tertentu seperti ahli-ahli parlimen dan pemimpin-pemimpin masyarakat setempat. Pada tahun 1996 PERSAMA merasakan projek ini perlu dirasionalkan semula untuk ditumpukan kepada para guru matematik Sekolah Menengah di sekolah-sekolah yang prestasinya kurang memberangsangkan sahaja dan cuba mendapatkan kerjasama yang lebih mantap lagi daripada pihak Kementerian Pendidikan. Nama Matemadesa (yang berupa gabungan “matematik” dengan “desa” itu) dikekalkan, walaupun sasarannya bukan lagi tertumpu pada desa sahaja kerana sekolah-sekolah dalam bandar juga ternyata ada yang berprestasi sama dengan sekolah-sekolah di desa. Sementelahan pula perkataan “matema” itu sendiri memang satu daripada komponen kata dasar “matematik”, iaitu dua perkataan Yunani, mathema dan techne yang dijadikan perkataannya mathematikos yang kemudiannya diLatinkan (sekitar abad ke-10M) menjadi mathematica (dalam bentuk jamak) dan mathematicus (dlam bentuk mufrad). Bahasa Yunani, mathema bererti memamahami, menerangkan, menjelaskan, mempelajari, menangani, dan mengurus persekitaran tabii (sosial dan politik); manakala techne bererti teknik, dan kehadirannya disisi mathema itu bermaksud proses yang khusus dan dinamik (berubah mengikut zamannya) seperti pembilangan, penyukatan, pengisihan, penertiban, pembuatan keputusan dan pentaabiran (dengan pelbagai kaedah yang dikenali sebagai “kaedah matematik” itu). Perkataan Latin, mathematica dan mathematicus itulah kemudiannya (kebanyakannya dalam kurun ke-16M) ditranskripsikan kepada bahasa-bahasa lain di Eropah seperti mathematics (bahasa Inggeris), mathematique (bahasa Perancis), mathematika (bahasa Belanda), matematica (bahasa Italia/Itali dan Feringgi/Pertugis), matematicas (bahasa Sepanyol) dan mathematik dalam bahasa Jerman. Perkataan matematik di Malaysia (sejak 1977) dan matematika di Indonesia (sejak 1975) masing-masingnya daripada bahasa Inggeris, mathematics, dan bahasa Belanda, mathematika itu. Sebelum itu kedua-dua rumpun Melayu ini memakai istilah “ilmu hitung”, “ilmu hisab” dan di Indonesia juga pernah popular (agaknya sejak 1950-an) dengan istilah “ilmu pasti”.
Buku ini mengandungi garis-garis panduan bagi mencapai 7 matalamat MATEMADESA itu dengan memaparkan beberapa buah karya beberapa orang sarjana (Abdul Aziz Jemain, Abu Osman, Mat Rofa, dan Shaharir) dan dibahagaikan kepada 4 kategori karya: Keperluan sikap baru guru terhadap matematik, Latar belakang sikap dan persepsi masyarakat terhadap matematik, Pengaryaan dan pembinaan keyakinan diri para guru, dan teknik-teknik baru pengajaran dan pembelajaran. Judul-judul karya di bawah kategori-kategori itu ialah yang berikut:
Lima implikasi konsep penginsanan matematik kepada guru-guru matematik, Sorotan kelemahan pelajar Melayu dalam matematik sekolah Matematik Melayu: Mitos dan kenyataan Matematik Pascabima dalam bahasa Melayu pada akhir ab ke-18 hingga awal abad ke-20M. Beberapa isu dalam pemasyarakatan matematik di Malaysia Unsur-unsur matematik sekolah dalam kehidupan masa kini Trend pemikiran matematik kini Congak/Kiraan pantas/Aritmetik Mental Teknik mengingat dan sebagainya Nombor berpola – satu contoh kuliah/tulisan buku teks matematik sekolah dgn berfalsafahkan kaedah Matemadesa Tanggapan guru sekolah tentang konsep-konsep matematik yang mereka ajar di sekolah masing-masing Satu teknik belajar matematik. Semua makalah ini memuatkan hasil-hasil kajian, idea baru, dan cabaran baru yang memerlukan penyertaan lebih ramai para sarjana berkarya sehingga masyarakat/Kementerian Pendidikan dapat melihat adanya produk pembelajaran dan pengajaran sendiri dalam Matematik Sekolah. Repository Staff Only: item control page
|