Author, Subjects, Keywords

Cited Author

 

 
   » By Author or Editor
 » Browse Author by Alphabet
 » By Journal
 » By Subjects
 » Malaysian Journals
 » By Type
 » By Year
 » By Latest Additions
 
 
   » By Author
 » Top 20 Authors
 » Top 20 Article
 » Top Journal Cited
 » Top Article Cited
 » Journal Citation Statistics
 » Usage Since Sept 2007


 
 
 

Login | Create Account

Pemalsuan dan Tatakaedah Atur Cara Penyelidikan Sains

Shaharir bin Mohamad Zain, (2003) Pemalsuan dan Tatakaedah Atur Cara Penyelidikan Sains. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor. ISBN 967-942-616-5

[img]PDF - Requires a PDF viewer such as GSview, Xpdf or Adobe Acrobat Reader
26Kb

Affiliations

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Fakulti Sains & Teknologi, Pusat Pengajian Sain Matematik

Abstract

Falsafah sains Barat klasik seperti falsfah Kant yang diruntuhkan oleh geometri bukan Euklidan dan teori Einstein memang terkenal. Falsafah yang lebih asas lagi yang ditonjolkan pada awal abad ke-20 oleh Bartley ialah justifikasisme, iaitu kepercayaan perlunya teori sains dijustifikasikan dengan ketatnya. Falsafah ini juga roboh kerana penemuan atau pembinaan sains yang dirasionalkan keesahannya menerusi kebarangkalian. Ekorannya, falsafah sains tajaan Popper, Kuhn, Feyerabend dan Kalangan Viena menjadi falsafah yang dominan. Falsafah tersebut menjadi perbahasan hangat abad ke-20 hingga kini kerana pertentangannya antara satu dengan yang lain serta kekuatan dan kelemahan masing-masing. Lakatos mengkritik semua falsafah ini, namun tumpuannya lebih pada falsafah Popper dan Kuhn kerana kedua-dua falsafah ini memusnahkan kekuatan falsafah lain dan wujudnya persaingan hebat antara dua falsafah ini. Mulanya Lakatos memaparkan kelemhan justifkasisme dan bukan maksumisme menerusi falsafah pemalsuanisme Popper dan pelbagai versinya. Beliau juga memaparkan kelemahan teori Duhem-Quine yang menjadi saingan pemalsuanisme Popper dalam aspek penentuan palsunya teori atau cerapan, dan nasib teori atau cerapan yang dipalsukan. Kemudian berasaskan sintesis falsafah Popper dan Kuhn serta pendekatan sejarah, Lakatos membina falsafah sains yang dinamainya tatakaedah atur cara penyelidikan atau ringkasnya cara penyelidikan. Beliau membuktikan kekuatan falsafah ini menerusi sejarah perkembangan sains jasmani yang besar seperti teori Batlamus dan Kepler-Newton, teori Einstein dan teori kuantum. Falsafah Lakatos adalah siri teori yang dibinanya yang dipanggil teras liat, pending perlindungan,heuristik negatif dan heuristik positif. Falsafah Lakatos Berjaya mengatasi sebahagian besar kelemahan pemalsuanisme Popper dan Kuhnanisne yang antaranya termasuklah masalah perbezaan sains dan bukan sains yang menjadi motivasi asal Popper mengutarakan falsfahnya itu. (drp blurba buku ini).

Item Type:Book
Additional Information:Ini buku terjemahan kepada karya asalnya oleh Imre Lakatos, "Falsification and Methodology of Scientific Research Programmes", dalam Lakatos I. & Musgrave A.1992,"Criticism and the Growth of Knowledge", 2nd ed. Cambridge University Press.
Keywords:falsafah sains, sejarah dan falsafah sains, falsafah sains Kuhn, falsafah sains Popper, falsafah sains Lakatos
Subjects:Q Science, Computer Science
B Philosophy. Psychology. Religion
ID Code:1962

Repository Staff Only: item control page