Penilaian Penghayatan Falsafah Matematik dalam Falsafah Pendidikan Matematik sekolah di Malaysia Sejak Merdeka
Shaharir M.Z., (2005) Penilaian Penghayatan Falsafah Matematik dalam Falsafah Pendidikan Matematik sekolah di Malaysia Sejak Merdeka. Kesturi, 15 (1 & 2 (combined)). pp. 55-88. ISSN KKDN No. 0005959 • PP7051/4/2008 This is the latest version of this item. AffiliationsUniversiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ASASI AbstractA philosophy of mathematics or a philosophy of mathematics education in Malaysia is not stated anywhere in our school curriculum or text books. Both philosophies are then identified based on the aim and objectives of the curriculum and on the styles of writing and approaches of the subject in our school text books. The difference between several well known philosophies of mathematics education and philosophies of mathematics are highlighted. We argue that these differences are pepertuating in our text books and hence undermining whatever good aims and objectives of teaching or education through mathematics as well as inhibits the correct understanding of the true nature of mathematics. The philosophies of KBSR and KBSM in Mathematics curricula and text books are discussed in comparison with dominant current philosophies of mathematics. A new philosophy of mathematics and mathematics education is proposed which is moulded in a general new concept named as pemeribumian or indigenization of knowledge. The philosophy is used in our development of a new approach and method of teaching and writing school mathematics known as MATEMADESA whereby the weaknesses of the current philosophies are addressed.
Abstrak
Falsafah pendidikan matematik atau falsafah matematik tidak dinyatakan terang-terang dalam kurikulum apatah lagi buku teks matematik sekolah selama ini. Walau apapun hakikatnya, perbezaan falsafah pendidikan matematik dengan falsafah matematik sehingga kini masih ketara berlaku. Hujah-hujah diutarakan betapa penerusan pelaksanaan atau penghayatan perbezaan ini dalam pengajaran atau/dan gaya dan pendekatan penulisan buku-buku teks selama ini menggodak apa jua tujuan dan matlamat baik pengajaran atau pendidikan pelajar menerusi matematik; dan juga menyekat pemahaman pelajar terhadap tabii matrematik dengan betulnya. Falsafah KBSR dan KBSM dalam Matematik dibincangkan dengan membuat perbandingan dengan falsafah matematik semasa yang dominan dan falsafah matematik yang terpancar dalam gaya penulisan buku-buku teks matematik itu. Sebuah falsafah matematik dan falsafah pendidikan matematik yang baru diutarakan yang dinamai pemeribumian matematik dan sebuah kaedah pendekatan, penulisan dan pengajaran matematik sekolah dibangunkan yang dinamai MATEMADESA yang ditunjukkan tiadanya segala kelemahan falsafah-falsafah kini di dalamnya.
Available Versions of this ItemRepository Staff Only: item control page
|