Kesan Efikasi Kendiri Guru Sejarah Terhadap Amalan Pengajaran Berbantukan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
Azwan Ahmad, and Abdul Ghani Abdullah, and Mohammad Zohir Ahmad, and Abd. Rahman Hj Abd. Aziz, (2005) Kesan Efikasi Kendiri Guru Sejarah Terhadap Amalan Pengajaran Berbantukan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Jurnal penyelidikan Pendidikan, 7 . pp. 14-27. Official URL: http://www.moe.gov.my/galeri_awam/selidik/2005/2005_BTMK_5_9637_3446.pdf AffiliationsSMK Syed Alwi, Kangar, Perlis Universiti Sains Malaysia Universiti Sains Malaysia Universiti Sains Malaysia AbstractPusat Perkembangan Kurikulum (2004) melaporkan bahawa kebelakangan ini mata pelajaran Sejarah dianggap sebagai kaku, membosankan dan tidak menarik. Masyarakat pula menganggap subjek ini tidak bernilai komersial. Antara punca fenomena ini ialah kelemahan guru dalam penguasaan pedagogi dan penggunaan ICT sebagai satu dimensi baru dalam pengajaran pembelajaran bagi mencorakkan kualiti budaya belajar yang lebih bermakna. Justeru kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap efikasi kendiri guru dan tahap amalan pengajaran sejarah berbantukan ICT. Di samping itu perhubungan antara efikasi kendiri guru dengan amalan pengajaran sejarah berbantukan ICT turut dikaji. Selain itu kajian ini juga mengenal pasti kesan efikasi kendiri guru dengan amalan pengajaran sejarah berbantukan ICT. Sampel kajian seramai sembilan puluh lima orang guru sejarah dipilih secara rawak daripada lima belas buah sekolah menengah kebangsaan harian di negeri Perlis Indera Kayangan. Data dikutip daripada responden dengan menggunakan soal selidik bersakal Likert serta dianalisis dengan menggunakan statistic deskriptif, korelasi Pearson dan regresi berganda. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru sejarah mempunyai tahap efikasi kendiri terhadap ICT yang sederhana tetapi tahap amalan pengajaran berbantukan ICT pula adalah rendah. Semnetar itu wujud hubungan yang sederhana kukuh antara efikasi kendiri guru terhadap ICT dengan amalan pengajaran berbantukan ICT. Keputuasn regresi berganda pula menunjukkan bahawa efikasi guru terhadap ICT mempengaruhi amalan pengajaran ICT itu sendiri. Perbincangan dan implikasi kajian terhadap amalan pengajaran turut dihuraikan. Repository Staff Only: item control page
|