Author, Subjects, Keywords

Cited Author

 

 
   » By Author or Editor
 » Browse Author by Alphabet
 » By Journal
 » By Subjects
 » Malaysian Journals
 » By Type
 » By Year
 » By Latest Additions
 
 
   » By Author
 » Top 20 Authors
 » Top 20 Article
 » Top Journal Cited
 » Top Article Cited
 » Journal Citation Statistics
 » Usage Since Sept 2007


 
 
 

Login | Create Account

Kisah Cinta Wanita Moden dalam Hikayat Faridah Hanom Karya Syed Syeikh Al-Hadi oleh Mohd Zariat Abdul Rani

Mohd. Zariat Abdul Rani, (2007) Kisah Cinta Wanita Moden dalam Hikayat Faridah Hanom Karya Syed Syeikh Al-Hadi oleh Mohd Zariat Abdul Rani. Jurnal Peradaban Melayu, 5 .

Full text not available from this repository.

Official URL: http://jurnalperadabanipm.blogspot.com/2008/08/kisah-cinta-wanita-moden-dalam-hikayat.html

Affiliations

Universiti Putra Malaysia. Faculty of Modern Language and Communication

Abstract

Pembikinan naratif Hikayat Faridah Hanom (HFH) terbina di atas struktur penceritaan yang kukuh, hasil penggemblengan alat-alat penceritan yang relevan sehingga memungkinkan cerita dikembangkan dengan baik dan dikekalkan perkembangannya hingga ke akhir novel. Perkembangan cerita yang baik ini semakin diperelokkan dengan rempah-ratus yang membolehkan novel menampilkan cerita yang cukup menarik. Akan tetapi, perkara-perkara ini bukanlah begitu luar biasa kerana dunia kesusasteraan Melayu sebelum kehadiran HFH telah terlebih dahulu mesra dengan cerita-cerita hikayat yang juga tidak kalah dari segi kehebatan bercerita. Adalah jelas bahawa kekuatan HFH sebenarnya terletak pada idea-idea ilmiah tentang kemodenan wanita, dan idea-idea inilah yang membolehkan novel ini menarik perhatian dunia kesusasteraan Melayu, dan seterusnya mengekalkan perhatian tersebut selama lebih 80 tahun. Justeru, adalah agak mengecewakan apabila novel didapati tidak memanfaatkan sepenuhnya kesempatan yang ada untuk memperdalamkan lagi perbincangan tentang idea-idea tersebut, meskipun tidak dinafikan juga bahawa berbanding dengan hikayat-hikayat Melayu tradisional, idea-idea dalam HFH lebih realistik dan serius. Di pihak yang lain, tindakan tersebut adalah relevan dengan tuntutan cerita, dan sekali gus memperkukuhkan lagi struktur cerita secara keseluruhannya. Dengan memberikan keutamaan terhadap cerita serta aspek-aspek yang penting dalam pembikinannya, dan kemudiannya menyulamkan cerita dengan idea-idea ilmiah tentang tentang kemodenan wanita, HFH hadir di persada kesusasteraan Melayu sebagai sebuah cerita yang baik dan menarik.

Item Type:Journal
Keywords:Folk literature, Malay, Hikayat Faridah Hanom
Subjects:P Language and Literature
ID Code:2741

Abdul Rahman Haji Abdullah, 1998. Pemikiran Islam di Malaysia: Sejarah dan Aliran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Rahman Haji Ismail, 2003. Syed Syeikh Al-Hadi: Penggerak Kebangkitan Melayu Abad Ke-20. Dlm. Sohaimi Abdul Aziz (pynt.). Syed Syeikh Al-Hadi: Cendekia dan Sasterawan Ulung. Hlm. 9-36. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Abdul Rahman Yusof, 2003. Strategi Retorik dalam Faridah Hanom. Dlm. Sohaimi Abdul Aziz (pynt.). Syed Syeikh Al-Hadi: Cendekia dan Sasterawan Ulung. Hlm. 118-135. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Ahmad Kamal Abdullah, Hashim Awang, Ramli Isin, Sahlan Mohd. Saman & Zakaria Ariffin. 1992. History of Modern Malay Literature Vol. II. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Al-Hadi, S.S. A, 1985. Hikayat Faridah Hanom. Kuala Lumpur: Pustaka Antara.

A.Wahab Ali, 1991. The Emergence of the Novel in Modern Indonesian and Malaysia Literature: A Comparative Study. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dharmawijaya, 1987. Intisari Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.

Fadhlullah Jamil, 2003. Syed Syeikh al-Hadi: Pemikirannya Terhadap Islam dan Perubahan. Dlm. Sohaimi Abdul Aziz (pynt.). Syed Syeikh Al-Hadi: Cendekia dan Sasterawan Ulung. Hlm. 37-57. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Hashim Awang, 1984. Kesusasteraan Melayu dalam Kritikan dan Sejarah. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.

Hassan Ahmad. 1996. “Rancangan Penerbitan Karya Agung dalam bahasa Melayu”. Bengkel Mempermudahkan Karya Sastera, Petaling Jaya. 5 Disember.

Li Chuan Siu, 1966. Ikhtisar Kesusasteraan Melayu Baru 1830-1945. Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara.

Mana Sikana, 1986. Kritikan Sastera: Pendekatan dan Kaedah. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.

Mohamad Saleeh Rahamad, 2005. Pencerekaan dalam Novel Sejarah. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Roff. W.R., 1974. The Origins of Malay Nationalism. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Sohaimi Abdul Aziz (pynt.). 2003. Syed Syeikh Al-Hadi: Cendekia dan Sasterawan Ulung. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

S. Othman Kelantan & Abdullah Tahir, 2003. Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Talib Samat, 1992. Syed Syeikh Al-Hadi: Sasterawan Progresif Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ungku Maimunah Mohd. Tahir. 1985. Definisi Novel Melayu: Menuju Suatu Pendekatan. Dewan Sastera, April: 42- 43.

Repository Staff Only: item control page