Keperluan Pendidikan Bahasa Melayu di Institusi Pendidikan Tinggi Swasta
Juriah Long, and Raja Fauzi Raja Musa, and Zarin Ismail, and Hamidah Yamat Ahmad, (2001) Keperluan Pendidikan Bahasa Melayu di Institusi Pendidikan Tinggi Swasta. Jurnal Pendidikan, 26 . pp. 21-36. ISSN 01266020 Full text not available from this repository. Official URL: http://www.penerbit.ukm.my/jdidik26-02.pdf AffiliationsUniversiti Kebangsaan Malaysia. Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia. Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia. Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia. Faculty of Education AbstractThe 1996 Education Act and the 1996 Private Institution of Higher Education Act were aimed at developing Malaysia to be the centre of academic excellence in producing a world standard education. Both Acts allocated Bahasa Melayu as the medium of instruction while other languages may be used only if exempted by the Minister of Education. Nevertheless, Bahasa Melayu or the National Language must be taught as a compulsory subject. Conferment of certificates, diplomas or degrees will only be given when students have achieved the required standard. In conjuction with this, the National Acreditation Board has developed the National Language or Bahasa Melayu curriculum to be taught in these institutions. However, the question is whether this curriculum is sufficient for fulfilling the students’ needs to learn Bahasa Melayu in Private Institutions of Higher Education. Hence, this study believes that a needs analysis is necessary in the curriculum development since it provides the framework in determining the content and teaching methodology suitable for Higher Private Institutions. This study assumes that the teaching of Bahasa Melayu in these institutions should be Bahasa Melayu for Specific Purposes (BMSP) and Bahasa Melayu as a Foreign Language (BMFL). The modified Delphi technique, questionnaire and interview were employed in collecting the data. The samples were students and educators in Private Institutions of Higher Education, experts in Bahasa Melayu and other fields of study, employees, and employers. The results indicate the purpose of teaching Bahasa Melayu in these institutions vary according to students’ field of study, educational, and career needs. The most preferred teaching method is interactive small group teaching, while formative evaluation is found to be more suitable in comparison to summative evaluation.
Akta Pendidikan 1996 dan Akta Pendidikan Tinggi Swasta 1996 telah dibentuk dengan tujuan untuk menjadikan Malaysia pusat kecemerlangan akademik yang menghasilkan pendidikan bertaraf dunia. Kedua-dua akta ini memperuntukkan Bahasa Melayu sebagai pengantar utama di IPTS. Sekiranya IPTS mendapat pengecualian daripada Menteri Pendidikan, bahasa lain boleh digunakan sebagai bahasa pengantar, tetapi Bahasa Kebangsaan atau Bahasa Melayu hendaklah diajar sebagai mata pelajaran wajib dan kelulusan dalam Bahasa Melayu dijadikan syarat bagi penganugerahan sijil, diploma dan ijazah. Lembaga Akreditasi Negara (LAN) telah membentuk sukatan pelajaran Bahasa Kebangsaan/Bahasa Melayu untuk diajar di IPTS. Persoalannya ialah sejauh manakah sukatan pelajaran ini dapat memenuhi keperluan pendidikan Bahasa Melayu di IPTS. Kajian ini beranggapan bahawa analisis keperluan merupakan langkah penting dalam proses penggubalan kurikulum. Analisis keperluan merupakan dasar bagi pembentukan isi kandungan kurikulum serta kaedah pengajaran Bahasa Melayu yang sesuai di IPTS. Kajian ini juga beranggapan bahawa pengajaran bahasa Melayu di IPTS mestilah berbentuk bahasa Melayu khusus dan bahasa Melayu sebagai bahasa asing bagi memenuhi keperluan pelajar di IPTS. Kajian analisis keperluan ini menggunakan kaedah soal selidik, temu bual dan teknik Delphi yang diubahsuai. Sampel kajian pula terdiri daripada pelajar dan pengajar di IPTS, pakar bidang bahasa Melayu dan bidang ilmu, pekerja dan majikan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tujuan pengajaran bahasa Melayu di IPTS adalah untuk memenuhi keperluan pelajaran dan kerjaya mereka. Tujuan pembelajaran bahasa Melayu berbeza mengikut bidang pengkhususan pelajar. Kaedah pengajaran yang didapati paling digemari oleh pelajar ialah kaedah kumpulan kecil yang interaktif. Sementara teknik penilaian formatif didapati lebih sesuai digunakan di IPTS berbanding dengan penilaian bentuk sumatif. | Item Type: | Journal |
|---|
| Keywords: | Higher education, Malaysia, Universities and colleges |
|---|
| Subjects: | L Education |
|---|
| ID Code: | 2762 |
|---|
Repository Staff Only: item control page
|