Sains dan Teknologi Melayu Sebelum Penjajahan Eropah
Shaharir bin Mohamad Zain, (2003) Sains dan Teknologi Melayu Sebelum Penjajahan Eropah. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, 1 (2). pp. 157-204. ISSN 1675-6460 Official URL: http://www.dbp.gov.my/majalah AffiliationsUniversiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI) AbstractDalam usaha membina etnosains dan etnoteknologi (rumpun) Melayu kajian terhadap manuskrip Melayu Jawi yang ada di Alam Melayu dan di luarnya dikelaskan potensi bidang ilmu yang terkandung di dalamnya bagi tujuan pengkajian selanjutnya kelak. Hasilnya ialah sejumlah 2000, 1000 dan 953 manuskrip masing-masingnya di Malaysia, di Sumatera dan di Deparmen P & K (Jakarta) dikumpulkan (berasaskan katalog yang sedia ada) dan dapat pula dikelaskan kepada 10 bidang keilmuwan. Bidang-bidang itu ialah 10 bidang: asal kajadian alam, manusia dan makhluk lain; astronomi; fara‘id ; matematik, perubatan; ramalan & taabir; sains hayat; sains fizik; tasawuf dan falsafah ; dan teknologi/kejuruteraan. Manuskrip yang tersimpan di luar Alam Melayu pula di dapati ada 1455 buah di Belanda, 617 buah di U.K, 135 buah di Jerman Barat, 205 buah di Perancis dan 13 buah di Library of Congress AS. Semua manuskrip di luar Alam Melayu ini juga dapat dikelaskan kepada bidang-bidang yang sema seperti yang di Alam Melayu itu.manuskrip yang paling banyak ialah bidang ramalan dan taabir, diikuti oleh tasawuf dan falsafah, perubatan, sains hayat, dan asala kejadian. Bidang-bidang lain itu amatlah sedikit. Repository Staff Only: item control page
|