Pengukuran Jumlah Kandungan Elektron dalam Ionosfera di Malaysia MenjeIang Keaktifan Suria Maksimum
Ahmad Faizal Mohd Zain, and Wan Salwa Wan Hassan, and Abdul Ghaffar Ramli, (2002) Pengukuran Jumlah Kandungan Elektron dalam Ionosfera di Malaysia MenjeIang Keaktifan Suria Maksimum. Jurnal Fizik Malaysia, 23 (1 - 4). pp. 21-25. ISSN 0128-0333 Full text not available from this repository. AffiliationsKolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. Universiti Kebangsaan Malaysia. Kementerian Pertahanan Malaysia. Pusat Sains dan Teknologi Pertahanan. AbstractIonosfera adalah lapisan bahagian atas atmosfera bermula dari 50 hingga 2,000 km dan aras bumi. Gugusan satelit penentududukan global ‘NAVSTAR’ (GPS) telah dibangunkan bagi tujuan navigasi dan prestasinya boleh terjejas oleh ketidakseragaman ionosfera. Sistem tersebut telah digunakan sebagai alat untuk mengkaji ionosfera. Kesan ketidakseragaman ini menjadi lebih serius selepas senja, lebih-Iebih lagi ketika keaktifan suria meningkat. Kajian perubahan jumlah kandungan elektron (Total Electron Content, TEC) telah dijalankan berpusat di Marak Parak, Sabah (koordinat geografik 6° 18’ 24” U, 116° 44’ 06” T) semenjak 1998 hingga sekarang. Pengukuran adalah menggunakan 2 sistem alat penerima GPS yang berfungsi bersendirian 24 jam sehari. Sistem pertama alat penerima dwifrekuensi menghitung TEC melalui perbezaan masa penerimaan isyarat pada 2 frekuensi yang berlainan. Sistem kedua mengukur perubahan amplitud dan fasa isyarat untuk mendapatkan indeks sintilasi. Kaitan TEC dengan keaktifan suria yang diukur dengan parameter f10.7 dan bilangan bintik suria telah dikaji. Nilai TEC menunjukkan pertambahan seiring dengan keaktifan suria ketika suria melalui kitaran 23 di waktu 'equinox’. Repository Staff Only: item control page
|