Author, Subjects, Keywords

Cited Author

 

 
   » By Author or Editor
 » Browse Author by Alphabet
 » By Journal
 » By Subjects
 » Malaysian Journals
 » By Type
 » By Year
 » By Latest Additions
 
 
   » By Author
 » Top 20 Authors
 » Top 20 Article
 » Top Journal Cited
 » Top Article Cited
 » Journal Citation Statistics
 » Usage Since Sept 2007


 
 
 

Login | Create Account

Matematik Pascabima Dalam Bahasa Melayu Akhir Kurun Ke-18M Hingga Awal Ke-20M

Mat Rofa bin Ismail, and Shaharir bin Mohamad Zain, (2001) Matematik Pascabima Dalam Bahasa Melayu Akhir Kurun Ke-18M Hingga Awal Ke-20M. In: Prinsip dan Pengenalan Panduan Plaksanaan MATEMADESA. Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA), Bangi, Selangor, pp. 97-157. ISBN 983-9152-92-0

[img]PDF - Requires a PDF viewer such as GSview, Xpdf or Adobe Acrobat Reader
145Kb

Affiliations

Universiti Putra Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia
Akademi Sains Islam Malaysia

Abstract

Matematik dalam bahasa Melayu di Alam Melayu dalam tempoh akhir abad ke-18M hingga awal abad ke-20M dibuktikan sebagai warisan daripada matematik Tamadun Islam zaman al-Khwarizmi hinggalah kepada abad ke-17M menerusi karya Baha'uddin al-'Amili dengan karyanya Hulasah al-Hisab dan syarahnya oleh Husnain al-'Adawi. Ahli matematik Melayu yang mewarisi matematik ini dan menyesuaikan dengan keperluan alam Melayu yang disajikan di sini ialah Ahmad bin Abdul Latif al-Khatib al-Palimbangi dengan karyanya Raudat al-Hussab 1890 dan 'Alam al-Husab 1892; 'Umar Nuruddin al-Kalladiyyah (Kelantan) dgn karyanya Syams al-Fathiyyah fi A'amal al-Juyub atau al-jaibiyyah 1925, Miftah al-Ta'alim 1924, Pelajaran Membahagi Pusaka (t.t), Rubu' al-Mujib (t.t); Muhammad Nur al-Ibrahimi dgn 'Ilm Mantiq 1931, Bantuan Ketika bagi orang yang Membahagi Pusaka 1356H/1936M, Pilihan Mastika pada Menerangkan Qiblat dan Ketika 1932, dan al-Durr al-Naqiy fi Ma'rifat al-Arqam al-Hind (t.t) ; Ismail Abdul Majid al-Kelantani dgn karyanya Pedoman Kemuliaan Manusi 1938; Tahir Jalaluddin dng karyanya Pati Kiraan pada Menentukan Waktu yang Lima dengan Hal Qiblat dengan Logaritma 1938, Tatimmat al-Irsyad al-Akhir 'Ilm al-Fara'id (t.t), Risil di Falak (t.t), Nukhbah al-Tarqrirat (t.t) dan Natijat al-Umm 1951; Abdul Rahman Kelantan bin Muhammad al-Battul yang karyanya ada di dalam Risil fi Falak di atas itu bertarikh 1826. Sarjana lainnya ialah dari Tamadun Melayu Petani (Thailand sekarang), iaitu Daud al-Fatani dengan karya Ghayah al-Taqrib 1226H/1811M, Durr al-Thamin 1816M, Furu'Masail 1254H/1838M; Wan Ahmad Zain al-Fatani dengan karyanya Syarah Matan al-Skhawiyyah Syaykh 'Abdul Qadir al-Sahkawi, Faridt al-Fara'id (t.t), Jadwal Mawaqi' al-Saat fi Ma'rifat al-Miqat (t.t), Syarah Wasilah al-Tullab 1305H, Ghayah al-Idrak fi'il Amal bi'l-Kurrat al-Aflak 1313H, Ghayah al-Idrak 1315H, Ru' al-Mujub (t.t); Abdul Rahman al-Fatani dgn karyanya Minhaj al-Qawim 1314/1893M. Tiga orang ahli falak-matematik Riau yang disebut di sini ialah Raja Haji Muhammad Tahir, Raja Haji Umar dan Raja Haji Muhammad Arif yang mencipta Natijah masing masingnya (1920-an), dan Raja Haji Muhammad Tahir dgn karyanya Naskhah Hisab (t.t). Dua orang sarjana dari Sumatera lagi ialah Hassan Yahya (di Jambi) dengan karyanya Nail al-Matlub fi A'lam al-Juyub 1925; Muhammad Ali Minangkabau dng karyanya Miftah al-Din 1906; Jamil Jambek Sumatera dengan karyanya Almanak Jamiliah (t.t). Seorang sarjana dari Kemboja (Melayu Campa) yang dipaparkan ialah Muhammad Saleh Haron Kemboja dng karyanya Pedomana Bahagia 1933; Selain itu, beberapa buah manuskrip berkenaan dengan matematik juga dipaparkan, iaitu MS44 dan MS66 Masalah dan Penyelesaian ilmu matematik (kedua-duanya di Perpustakaan Universiti Malaya), MKM645 dan MKM3861 di Bodlean Library, Oxford, UK (berkenaan dengan astronomi), di Leiden University ada Cod Or 17899 (berkenaan dgn astronomi), Cod Or 12231 Masalah ilmu Bumi dan Cod Or 12219 Ilmu Hitungan yang dihasilkan di bangkahulu 1926, Cod Or12146 Hitungan Gedang dan Hitungan Kecil, dan Cod Or7263 Kitab Fa’l Ilmu Falak. Di Perpustakaan Munucipal University of Amsterdam ada Or 114 Cosmogonie. Bentuk matematik dalam karya Ahmad Abdul Latif al-Khatib dikaji dengan agak terperinci. Hubungan matematik dengan fiqah dibicarakan khas dalam satu seksyen dan begitu juga mantik (mewarisi al-Sulam fi’l-Mantiq serta syarah-syarahnya), aljabar dan matematik amnya dengan agama (Islam), dan hubungan ilmu falak, geometri dan syarak. Aspek lain yang dibicarakan ialah matematik dalam penentuan waktu dan taqwim, matematik dan ilmu Hikmah Melayu (dengan contoh kitab Mujarrabat Melayu (tpt=tanpa pengarang & tahun), Bintang Dua Belas (tpt), Taj al-Muluk (tpt) dan Pati Rahsia (Datok Paduka Mahmud Ismail, t.t) yang dianggap khurafat juga dibicarakan dengan agak panjangnya, dan begitu juga hubungan matematik dengan puisi (warisan Ibn al-Yasamin abad ke-12M). Perbincangan yang lagi panjang dilakukan ke atas status bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu matematik.

Item Type:Book Section
Keywords:Pengajian Melayu,Malay Studies, Tamadun Melayu,Malay Civilization, Matematik Melayu, Malay Matemathematics, Etnomatematik Melayu/Malay Ethnomathematics
Subjects:A General Works
Q Science, Computer Science
D History other than America
ID Code:3899

Abdul Latif bin Samian. 1997. Falsafah Matematik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Rahman Salih. 1967. Qawa ‘id al-Miqat. Kota Bharu: Majlis Agama Islam Kelantan.

Ahmad Abdul Latif. 1310H. Raudah al Hussab. Mesirz:Z Mustafa al-Halabi.

Ahmad Abdul Latif. 1313H. Alam al-Hussab. Makkah: al-Mirriyah.

al-Daffa, Ali Abdullah. 1990. Sumbangan Islam dalam Matematik. Dewan Bahasa dan Pustaka. Terjemahan buku asalnya dalam bahasa Inggeris berjudul, The Muslim Contribution to Mathematics, 1977, Croom Holm, London.

Azyumardi Azra. 1995. Jaringan Ulama Timur Tengah dan Kepulauan Nusantra Abad XVII dan XVIII: Melacak Akar-Akar Pembaruan Pemikiran Islam di Indonesia. Cet. Ke-4. Penerbit Mizan.

Daftar Istilah MBIM (Hasil Sidang ke-7-23 Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia 1974-1985. Istilah Sumber Istilah Malaysia. 1986. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ismail Mat. 1993. Ulama Silam dalam Kenangan. Bangi: Penerbit UKM.

Istilah MBIM. 1988. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Istilah Sains. 1968. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Istilah Matematik Pengajian Tinggi. 1987. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Matematik. 1990. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Kamus Matematik. Analisis. 1993. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Matematik Dasar. 1988. PAKASA, Indonesia MABBIM. 1993. Sosok, Pokok, Tokoh. Dua Dasawarsa Kerja Sama Kebahasaan. Pendidikan dan Kebudayaan, Indonesia.

Mat Rofa Ismail. 1994. Mantik, Matematik dan Budaya. Kuala lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhammad Nur Hj Ibrahim. 1356H. Bantuan Ketika bagi Orang yang Membahagi. Pusaka. Pulau Pinang: Percetakan al-Maarif.

Mujarrabat Melayu. t.t. Pulau Pinang: al-Maarif

Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia. 1975. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kini sudah sekurang-kurangnya cetakan pertama (edisi kedua) 1987.

Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Malaysia. 1975. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kini sekurang-kurangnya sudah cetakan keenam (edisi semakan) 1991. Prijana. 1954. Bahasa dan Budaya. 2(5): 56-58.

Satu Pungutan Istilah Matematik Sekolah. Baru-Lama-Inggeris, Inggeris-Lama-Baru, Lama-Baru-Inggeris. 1979.

JAPMAUSMA (Jawatankuasa Peristilahan Antara- Universiti-universiti SeMalaysia). Mimeograf. Akan diterbitkan semula oleh PERSAMA.

Senarai Istilah Matematik. 1980. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Shaharir bin Mohamad Zain. 1987. Pengenalan Sejarah dan Falsafah Sains. Kuala Lumpur: Akademi Sains Islam Malaysia. (m.s. 4). Suntingan ke-2 terbitan Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2000.

Shaharir bin Mohamad Zain. 1996. Pembangunan Sains dan Teknologi di Malaysia Menerusi Bahasa Melayu. Syarahan Raja Ali Haji 1996. Persatuan Linguistik Malaysia

Shaharir bin Mohamad Zain. (Pys). 1997. Kepentingan Ilmu mengikut al-Quran dan Hadith. Mimeograf. Cetakan Kajang: PST Interprise Sd. Bhd.

Shaharir bin Mohamad Zain. 1998. Pengertian Ilmu dan Ilmuwan Melayu di alam Melayu Pascabima. Kesturi 8(1):65-106.

Syeikh Daud al-Fatani. t.t. al-Durr al-Tamin. Pulau Pinang: Dar al-Maarif.

Wallace, C. 1863. The Malay Archepalago. Dicetak semula oleh OUP 1986.

Wan Muhd Saghir Abdullah, Haji.1996. Koleksi Kertas Kerja Ilmiah. Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur.

Repository Staff Only: item control page