Pembangunan Sains Matematik mengikut Acuan Malaysia
Shaharir bin Mohamad Zain, (2000) Pembangunan Sains Matematik mengikut Acuan Malaysia. In: Simposium Kebangsaan Sains Matematik Ke-8 anjuran PERSAMA-KUT , 1-2 April, 2000, Kolej Universiti Terengganu (KUT), Kuala Terengganu. (Unpublished) AffiliationsUniversiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Abstractsains Matematik yang diajar, diucap, diujar, ditulis, dipakai, dan dibina dalam bahasa, dan nilai Malaysia ialah sains matematik mengikut acuan sendiri (Malaysia) atau ringkasnya sains matematik Malaysia atau sains matematik terMalaysia. Sains matematik ini semestinya mengandungi unsur-unsur matematik terpribumi Malaysia, dan matematik terinsan dengan nilai-nilai Malaysia yang mengandungi nilai Islam sebagai terasnya. Makna sains matematik Malaysia atau terpribumi Malaysia dan keperluannya bagi Malaysia dibicarakan sambil mengaitkanya dengan etnosains matematik tradisi, etnosains matematik mengikut perspektif D'Ambrosio, sains matematik berkeinsanan, pembudayaan sains matematik, dan pengIslaman sains matematik. Beberapa contoh sains matematik ini yang penulis/penceramah sendiri cuba membangunkannya dibicarakan. Beberapa isu konkret yang berpotensi dibangunkan menerusi acuan Malaysia juga dibincangkan. | Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
|---|
| Keywords: | sains matematik Malaysia/Malaysian mathematical science, sains matematik terperibumi Malaysia/Malaysian indigenised mathematical science, etnosains matematik/mathematical ethnoscience,sains matematik berkeinsanan/humanised mathematical science, pengIslaman sains matematik/Islamization of mathematical science |
|---|
| Subjects: | Q Science, Computer Science |
|---|
| ID Code: | 4026 |
|---|
Repository Staff Only: item control page
|