Academic Adjustment and Psychological Well-being among Students in an International School in Kuala Lumpur, Malaysia
Uguak, Uget Apayo, and Habibah Elias, and Uli, Jegak, and Turiman Suandi, (2006) Academic Adjustment and Psychological Well-being among Students in an International School in Kuala Lumpur, Malaysia. Jurnal Pendidikan, 26 (English Version) . pp. 127-139. ISSN 01265261 AffiliationsUniversiti Putra Malaysia Universiti Putra Malaysia Universiti Putra Malaysia Universiti Putra Malaysia AbstractKajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penyesuaian pelajar luar negara dengan memberi penekanan spesifik terhadap pengaruh penyesuaian akademik dan kesejahteraan psikologi. Seramai 210 pelajar lelaki dan perempuan luar negara di sebuah sekolah antarabangsa telah dikaji melalui borang soal-selidik. Majoriti daripada responden (93.7%) terdiri daripada pelajar yang telah menetap di Malaysia selama lebih dua tahun dan berumur di antara 11 hingga 17 tahun. Pelajar ini terdiri daripada pelajar sekolah rendah berumur 11-14 tahun dan pelajar sekolah menengah berumur 15-17 tahun. Instrumen kajian ini terdiri daripada 24 item yang menggunakan skala Likert 7-poin dengan nilai Cronbach alpha .93. Ini menunjukkan instrumen yang mengukur penyesuaian akademik dan kesejahteraan psikologi pelajar luar negara mempuyai kebolehpercayaan tinggi. Keputusan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor min penyesuaian antara pelajar lelaki dan perempuan (p = .037 yang kurang dan aras signifikan .05). Terdapat juga perbezaan penyesuaian yang signifikan di antara pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah (p = .023). Kajian ini menitikberatkan isu penyesuaian akademik dan keadaan kesejahteraan psikologi dalam mempengaruhi tingkah laku pelajar luar negara di sekolah tempatan. | Item Type: | Journal |
|---|
| Keywords: | Psychological well-being, Students, Secondary School, International Schools, Kuala Lumpur |
|---|
| Subjects: | L Education |
|---|
| ID Code: | 5382 |
|---|
Repository Staff Only: item control page
|