The Impact of Using Handheld Technology on Students Attitude and Creativity in Mathematics
Noraini Idris, (2006) The Impact of Using Handheld Technology on Students Attitude and Creativity in Mathematics. Jurnal Pendidikan, 26 (English Version) . pp. 157-169. ISSN 01265261 AffiliationsUniversity of Malaya. Faculty of Education. AbstractPenggunaan teknologi dalam pembelajaran matematik merupakan langkah ke arah mewujudkan masyarakat berteknologi selaras dengan hasrat Wawasan 2020. Kreativiti dalam matematik boleh membantu pelajar memahami dunia di sekeliling mereka dan memperkembangkan potensi mereka untuk mencapai kejayaan. Mereka belajar untuk menaakul, mengkaitkan pendapat dan berfikir secara logik. Dalam artikel ini penulis akan membincangkan tentang definisi kreativiti, penggunaan teknologi sebagai bahan bentuk pengajaran dan memaparkan dapatan kajian ke atas kesan penggunaan teknologi seperti kalkulator grafik terhadap kreativiti dalam matematik. Sampel kajian melibatkan seramai 107 pelajar Tingkatan Empat. Kumpulan rawatan menggunakan kalkulator TI-84 Plus dalam pembelajaran matematik, menjalani ujian kreativiti dan pengukuran sikap serta mengisi soal selidik mengenai persepsi terhadap penggunaan kalkulator dalam pembelajaran matematik. Dapatan kajian menunjukkan kegunaan kalkulator TI-84 Plus memupuk minat pelajar terhadap matematik, dan meningkatkan kreativiti pelajar dalam matematik. | Item Type: | Journal |
|---|
| Keywords: | Hand held technology, Schools, Malaysia, Coumputer aided instructions |
|---|
| Subjects: | L Education |
|---|
| ID Code: | 5384 |
|---|
Repository Staff Only: item control page
|