Islamic Mobilization and the Malaysian State
Chernov Hwang, Julie, (2007) Islamic Mobilization and the Malaysian State. KATHA - The Official Journal of the Centre for Civilisational Dialogue, 3 . pp. 45-64. ISSN 1823-2159 Official URL: http://ccd.um.edu.my AbstractTujuan utama makalah ini ialah untuk menunjukkan bahawa Malaysia merupakan contoh baik negara di mana kumpulan-kumpulan Islam menggunakan pendekatan dan saluran keamanan bagi mencapai objektif masing-masing. Kajian ini menunjukkan bahawa negara memainkan peranan penting dalam mewujudkan suasana keamanan ini. Menerusi polisi-polisi dan institusi-institusinya yang berfungsi, pihak pemerintah di Malaysia dilihat sebagai mempunyai kesediaan dan keupayaan untuk mengalakkan kumpulan-kumpulan Islam bergerak secara aman dan menjauhkan diri daripada keganasan. Khususnya, menerusi kajiannya ini, penulis menghujahkan bahawa negara Malaysia telah berjaya merangsangkan pengelolaan aktiviti Islam secara aman dengan cara [1] menyediakan ruang untuk partisipasi politik menerusi saluran keinstitusian; [2] memelihara undang-undang dan ketenteraman di wilayah-wilayahnya; dan [3] memastikan banyak peluang pendidikan dan pembasmian kemiskinan. Dalam makalah ini, penulis akan membincangkan secara terperinci peranan pemerintah Malaysia dalam merealisasikan ketiga-tiga cara tersebut di atas. Repository Staff Only: item control page
|