Pendekatan Pluralisme Dalam Pengajian Islam: Satu Pengenalan
Rahimi Affandi Abd Rahim, (2008) Pendekatan Pluralisme Dalam Pengajian Islam: Satu Pengenalan. Jurnal Peradaban, 1 . pp. 99-116. ISSN 1985-6296 Official URL: http://ccd.um.edu.my AbstractKertas kerja ringkas ini akan cuba untuk menyorot dan menganalisa pendekatan pluralisme (keterbukaan di dalam perbezaan) yang terdapat di dalam institusi pendidikan Islam. Hal ini dibuat bersesuaian dengan usaha untuk menerapkan pendekatan pluralisme ini di dalam proses reformasi pendidikan Islam, yang diharapkan bakal melahirkan lulusan pengajian Islam yang kompeten dengan kehendak pasaran kerja dan keperluan masyarakat semasa. Untuk mencapai tujuan ini, kajian akan lebih ditumpukan kepada beberapa perkara yang utama; (i) analisis kritikal terhadap realiti pendekatan pluralism yang kedapatan di dalam pengajian Islam, (ii) rasionaliti kepentingan pendekatan pluralisme ini diterapkan di dalam pengajian Islam dan (iii) mekanisme utama yang difikirkan boleh digunakan untuk menerapkan pendekatan pluralisme ini. Repository Staff Only: item control page
|