Siber Urbanisme: Pemikiran Melayu Tentang Bandar Pintar
Jalaluddin Abdul Malek, (2008) Siber Urbanisme: Pemikiran Melayu Tentang Bandar Pintar. Sari (ATMA), 26 . pp. 111-125. ISSN 0127-2721 AffiliationsUniversiti Kebangsaan Malaysia, Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran. AbstractMalays have since the Malacca Malay Sultanate been exposed to urbanization. But, they were marginalized under a “divide and rule” policy during colonial period. Only after gaining independence did they once again settle in urban areas through rural-urban migration under New Economic Policy (1971-1990), National Economic Growth Policy (1991-2000) and now National Visionary Growth Policy (2001-2010). Middle class Malays have thus grown in size in
cities that are known as smart cities, cybercities, virtual cities and technopolis cities. Putrajaya and Cyberjaya are two such examples of intelligent cities with majority of the population comprising of Malays. There is a corresponding change in the Malay’s way of thinking from that of urbanism to cyberurbanism. This is in line with the development of intelligent cities and their increasing
knowledge of Information Communication Technologies (ICTs).
Orang Melayu sudah terdedah kepada proses pembandaran sejak kesultanan Melaka. Tetapi, sepanjang zaman kolonial, mereka telah dipinggirkan dalam arus pembandaran kerana dasar “pecah dan perintah”. Selepas merdeka, mereka kembali menduduki kawasan bandar melalui proses migrasi desa ke
bandar, ekoran pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (1971-1990), Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000) dan kini Dasar Pembangunan Wawasan (2001-2010). Hasilnya, bilangan orang Melayu kelas menengah di bandar telah meningkat, khususnya di bandar pintar yang dikenali juga dengan bandar siber,
bandar maya dan ‘technopolis’. Sehingga kini, pihak berkuasa tempatan menamakan bandar pentadbiran mereka sebagai Bandaraya Melayu Bestari Shah Alam, Putrajaya dan Cyberjaya dengan majoriti penduduknya daripada orang Melayu. Sejajar perkembangan bandar pintar tersebut, pemikiran orang Melayu telah berubah daripada urbanisme kepada siber urbanisme. Rencana ini membincangkan perkembangan pemikiran siber urbanisme orang Melayu dengan menyentuh pandangan mereka tentang etika dan estetika pembangunan bandar pintar. Repository Staff Only: item control page
|