Muslims' Attitude Towards Divorce: The Problem of Fighi Postulates
Mek Wok Mahmud , and Sayed Sikandar Shah, (2007) Muslims' Attitude Towards Divorce: The Problem of Fighi Postulates. Jurnal Syariah, 15 (1). pp. 129-144. ISSN 0128 - 6730 AffiliationsInternational Islamic University Malaysia. Dept. of Fiqh and Usul al-Fiqh nternational Islamic University Malaysia. Dept. of Fiqh and Usul al-Fiqh AbstractPenceraian dalam bentuk yang berbeza sebutannya sama ada dimulakan oleh si suami atau isteri seharusnya dikawal hingga ke tahap paling minima sepertimana yang dikehendaki oleh sosioagama Islam. Alasannnya kerana Nabi Muhammad S.A.W telah mengutuk sekerasnya sikap tidak bertanggungjawab ini yang dilakukan oleh kadua-dua pihak, wanita dan lelaki. Namun begitu, perkahwinan yang berakhir dengan perpisahan pada masa kini telah mencetuskan fenomena yang amat membimbangkan di seluruh dunia, termasuklah di Malaysia. Untuk memulihkan situasi ini, pembaharuan perundangan penceraian acap kali dilakukan. Bagaimanapun, untuk manjayakan pembaharuan undang-undang ini, kami berpendapat bahawa kita perlu menekankan dasar dalil-dalil Syari'ah yang telah lama terbentuk dan telah dijadikan sebagai panduan bagi masyarakat umum untuk mempraktikkannya. Perkara paling penting yang perlu diambil berat ialah bagaimana dan sejauh manakah orang-orang Islam memahami aspek penceraian dan prosedurnya sepertimana
telah dijelaskan oleh sebahagian besar 'ulama'- 'ulama' silam. Kebanyakan orang menganggap yang mereka dengan mudahnya boleh mempraktikkan penceraian walaupun ianya bertentangan dengan apa yang termaktub di dalam Qur'an, kerana sebahagian daripada 'ulama' membenarkannya. Pengetahuan/Pendekatan jahil dalam perundangan Islam sepertimana telah dijelaskan dalam buku-buku perundangan berkaitan penceraian hanyalah sebagai ikutan yang memperluaskan lagi permasalahan taqlid, dan secara seriusnya telah menghalang kejayaan pembaharuan perundangan penceraian pada masa kini. Oleh itu, melalui kertas kerja ini, kami cuba untuk membawa para pembaca "kembali kepada dasar-dasar" dengan objektif utamanya untuk menyedarkan mereka tentang sebahagian daripada dalil-dalil Syari'ah itu adalah yang melingkari pembubaran suatu perkahwinan. Kertas kerja ini juga membincangkan secara ringkas gambaran keseluruhan tentang penceraian serta prosedurnya di samping menekankan dalil-dalil Syari'ah dari kacamata dan nilain Syari'ah untuk mengenal pasti pendangan Syari' yang paling konsisten dan sejajar dengannya daripada pelbagai pandangan ahli-ahli perundangan Islam Repository Staff Only: item control page
|