Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu Mengikut Jantina di Luar Kelas
Zambri Mahamod, and Mohamed Amin Embi, (2005) Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu Mengikut Jantina di Luar Kelas. Jurnal Pendidikan (UKM), 30 . pp. 51-73. ISSN 01266020 Official URL: http://www.ukm.my/jurpend AffiliationsUniversiti Kebangsaan Malaysia. Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia. Faculty of Education AbstractABSTRAK: Artikel ini bertujuan untuk memperihalkan satu dapatan kajian tentang kepelbagaian strategi belajar yang digunakan oleh pelajar lelaki dan perempuan ketika belajar bahasa Melayu di luar kelas berdasarkan kemahiran bahasa (mendengar, bertutur, membaca dan menulis). Kaedah kualitatif berbentuk kajian kes digunakan bagi memperoleh kepelbagaian strategi pembelajaran bahasa di luar kelas. Instrumen temu bual digunakan bagi mengumpul data. Seramai lapan pelajar Tingkatan 4 dijadikan peserta kajian, iaitu empat orang pelajar cemerlang dan empat orang pelajar lemah yang mewakili kedua-dua jantina. Peserta kajian ditanya tentang strategi belajar bahasa yang digunakan dalam kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis ketika belajar bahasa Melayu di di luar kelas. Data temu bual dianalisis untuk mencari tema dan diberi kod. Data dianalisis menggunakan kaedah Analisis Indeks Cohen Kappa. Dapatan kajian menunjukkan peserta kajian menggunakan pelbagai pola strategi pembelajaran bahasa ketika belajar bahasa Melayu di luar kelas. Dari segi jenis pelajar, pelajar cemerlang didapati menggunakan pelbagai pola strategi pembelajaran bahasa berbanding pelajar lemah seperti pola penghayatan agama, aktiviti bahasa dan teknologi maklumat ketika di luar kelas. Pelajar lelaki lebih banyak menggunakan strategi pembelajaran bahasa dalam kemahiran mendengar, bertutur dan menulis berbanding pelajar perempuan dalam kemahiran membaca ketika belajar bahasa Melayu di luar kelas.
ABSTRACT: This article describes findings of a descriptive case study designed to examine the range of language learning strategies employed by male and female students for learning of the Malay language out of the classroom based on the major language skills (listening, speaking, reading and writing). Data was collected using an in-depth interview. Eight Form 4 students were purposively selected as respondents for the study consisting of four good language learners and four poor language learners representing both gender. The respondents were required to elicit language learning strategies that they usually employ to learn the Malay language out of the classroom for improving their listening, speaking, reading and writing skills. The interview data was analyzed, categorized and coded for recurrent themes. For realibility of the categories indentified, the Cohen Kappa Index Analysis was used. Results of the study indicate that participants employed a wide range of language learning strategies for learning the Malay language out of the classroom. The good learners however reported using a wider range of language learning strategies in comparison to the poor learners especially in terms of language activities and utilizing the information technology. Male students also reported employing a wider range of language leaning strategies in comparison to female students in the listening, speaking and writing skills. | Item Type: | Journal |
|---|
| Additional Information: | Translated title: Malay Language Learning Strategy According To Gender Out Of The Classroom
|
|---|
| Keywords: | Gender differences, Languages, Study and learning, Malay language |
|---|
| Subjects: | L Education |
|---|
| ID Code: | 7939 |
|---|
Repository Staff Only: item control page
|