Gender Differences in Computer Attitudes and Skills
Tengku Faekah Temgku Ariffin, (2005) Gender Differences in Computer Attitudes and Skills. Jurnal Pendidikan (UKM), 30 . pp. 75-91. ISSN 01266020 Official URL: http://www.ukm.my/jurpend AffiliationsUniversiti Utara Malaysia. Fakulti Sains Kognitif dan Pendidikan AbstractABSTRAK: Kajian mengenai komputer dalam pendidikan telah mengambilkira pembolehubah jantina semenjak awal 1980-an. Namun begitu, dapatan kajian mengenai perbezaan jantina adalah tidak konsisten, terutamanya dari segi sikap terhadap penggunaan komputer. Kajian ini mengenalpasti sikap pelajar terhadap teknologi komputer dan tahap kemahiran mereka dalam menggunakan komputer. Maklumat untuk kajian ini diperolehi melalui soal selidik yang telah dijalankan ke atas 556 orang pelajar dalam Daerah Kubang Pasu, Kedah. Hasil kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhannya, pelajar mempunyai sikap yang positif terhadap komputer, tetapi agak rendah tahap kemahiran berkomputer. Pelajar perempuan mempunyai sikap yang lebih positif, berbanding dengan pelajar lelaki, dari segi keyakinan dan percepsi terhadap kepentingan. Walaubagaimanapun, pelajar lelaki merasakan bahawa kemahiran mereka dalam komputer adalah lebih tinggi. Berdasarkan dapatan kajian ini, beberapa cadangan dikemukakan untuk tujuan memperkukuhkan lagi sikap positif yang sedia ada dan mengembangkan kemahiran berkomputer di kalangan pelajar.
ABSTRACT: Studies on computer use in education have taken into account the gender factor since the 1980s. However, results regarding gender differences have not been consistent, especially from the aspect of attitudes towards computers. This study indentifies student’s attitudes toward computer technology and their skills in using computers. Information for this study has been gathered from a survey on 556 students in the district of Kubang Pasu, Kedah. Results show that generally, students have positive attitudes toward computers, but they have low skills in using computers. Female students have more confidence and positive attitudes toward the importance of computers. Male students however reported having better skills in handling computers. This article offered suggestions to strengthen the positive attitudes and expand the skills of using computers among students. | Item Type: | Journal |
|---|
| Keywords: | Computer use, Gender differences, Kedah, Malaysia, Secondary schools, Students |
|---|
| Subjects: | L Education |
|---|
| ID Code: | 8039 |
|---|
Repository Staff Only: item control page
|