Faktor Kontribusi Kecerdasan Pelbagai dalam Kalangan Pelajar Remaja
Siti Rahayah Ariffin, and Roseni Ariffin, and Hafsa Mohmed Makki, (2008) Faktor Kontribusi Kecerdasan Pelbagai dalam Kalangan Pelajar Remaja. Jurnal Pendidikan (UKM), 33 . pp. 35-46. ISSN 01266020 Official URL: http://www.ukm.my/jurfpend AffiliationsUniversiti Kebangsaan Malaysia. Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia. Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia. Faculty of Education AbstractABSTRAK: Teori Kecerdasan Pelbagai (KP) atau Multiple Intelligences telah tersebar secara meluas di institusi pendidikan negara melalui pelbagai kursus semakan semula kurikulum. Kajian lepas menunjukkan kecerdasan intelek (IQ) seseorang individu hanya bertumpu kepada kecerdasan verbal-linguistik dan logik-matematik mengikut Berdie (1982) dan Wechsler (1974). Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sumbangan kecerdasan lain terhadap dua domain kecerdasan tersebut. Seramai 844 orang pelajar yang merupakan remaja berusia di antara 16-18 tahun di Negeri Selangor telah dipilih secara rawak sebagai sampel kajian. Kajian ini menggunakan instrumen Malaysian Multiple Intelligences Checklist for Adult (MyMICA) yang mengandungi 80 item persepsi bagi mewakili sembilan domain kecerdasan pelbagai. Dapatan kajian menggunakan analisis regresi berganda menunjukkan kecerdasan interpersonal dan logik-matematik adalah antara kecerdasan yang membuat kontribusi kepada kecerdasan verbal-linguistik. Kecerdasan logik-matematik pula menerima kontribusi antaranya daripada kecerdasan verbal-linguistik dan intrapersonal menunjukkan seseorang pelajar mempunyai kecerdasan dalam verbal-linguistik dan logik-matematik, sebenarnya mempunyai kaitan dengan kecerdasan interpersonal dan intrapersonal.
ABSTRACT: The Theory of Multiple Intelligences has been widespread in the country’s higher institution of learning through many revised curriculum courses. Previous study shows that Intelectual Quotient (IQ) of each individual only focus on verbal-linguistic and logic-mathematical intelligence. The aim of this study is to determine the contribution of other intelligences toward the two stated intelligences domain. A total of 844 students from the state of Selangor were randomly chosen as samples in this study. This study employed Malaysian Multiple Intelligences Checklist for Adult (MyMICA) which consist of 80 perception items that presented nine domains of multiple intelligences. Findings of the study based on multiple regression analysis showed that interpersonal and logic-mathematical intelligences are some of the intelligences that contribute to the verbal-linguistic intelligence. Logic-mathematical intelligence receive some of the contributions from verbal-linguistic and intrapersonal intelligences. | Item Type: | Journal |
|---|
| Additional Information: | Title translation:Factors Contributing To Multiple Intelligences among Teenagers |
|---|
| Keywords: | Theory, Multiple intelligence,Malaysian Multiple Intelligences Checklist for Adult (MyMICA), verbal linguistics, interpersonal intelligence |
|---|
| Subjects: | L Education |
|---|
| ID Code: | 8360 |
|---|
Repository Staff Only: item control page
|