Pendekatan Kaunseling Menangani Masalah Kebebasan dalam Kalangan Pelajar Institut Pengajian Tinggi: Dua Kajian Kes
Zainuddin Abu , and Zuria Mahmud , and Salleh Salleh Amat, (2008) Pendekatan Kaunseling Menangani Masalah Kebebasan dalam Kalangan Pelajar Institut Pengajian Tinggi: Dua Kajian Kes. Jurnal Pendidikan (UKM), 33 . pp. 107-123. ISSN 01266020 Official URL: http://www.ukm.my/jurfpend AbstractABSTRAK: Artikel ini membincangkan proses kaunseling yang digunakan dalam pengendalian masalah pelajar di Institut Pengajian Tinggi. Dua kajian kes yang dipilih adalah berfokus kepada masalah pengendalian kebebasan. Data diperoleh melalui pemerhatian, laporan kaunseling dan temu bual yang dirakamkan dalam lima sesi kaunseling. Data daripada temu bual telah dianalisis dengan cara mendengar kembali, menulis verbatim dan mengkategori. Data temu bual ini telah dibandingkan dengan laporan bertulis kaunselor untuk melihat keselarasan maklumat yang diperoleh. Dapatan menunjukkan kedua-dua klien yang dikaji didapati terlalu seronok dengan kebebasan, mempunyai konflik dengan keluarga, mempunyai masalah pergantungan dengan rakan sebaya dan tidak menjalankan tanggungjawab sebagai pelajar. Selain daripada itu, faktor latar belakang yang dikenal pasti ialah kurang mendapat kebebasan sebelum ini, mempunyai bapa yang garang, dan merupakan anak tengah. Proses kaunseling yang dijalankan melibatkan latihan ketegasan diri dan kaunseling keluarga. Pendekatan kaunseling yang dijalankan telah menunjukkan hasil yang positif di mana klien kembali mendapat keyakinan diri, mendapat celik akal tentang hubungan kekeluargaan serta mendapat sokongan keluarga dan membina tingkah laku yang lebih berkesan.
ABSTRACT: This article describes two counseling cases regarding college student problems, focusing on the issue of managing autonomy. Data is obtained through observation, counseling report, and recorded interviews that occurred in five sessions. Data from the interviews was analyzed by listening to the tapes, writing the verbatim and categorizing. This data was compared to the counselor’s written report in order to match the information gathered. Results showed that both clients were not prepared and unable to manage freedom in a matured way, having family conflicts, too dependent on peers and failed to fulfill responsibilities as students. Background information revealed that the clients were not exposed to freedom before college life, having strict and violent fathers, and are middle children. Counseling processes conducted involved assertiveness training and family counseling. The implemented counseling approaches indicated positive results in which the clients regained self confidence, gained insights on family relationships and family support, and developed more effective behaviors.
| Item Type: | Journal |
|---|
| Additional Information: | (Counseling Approaches In Addressing Issue of Managing Autonomy among Higher Education Students: Two Case Studies)
|
|---|
| Keywords: | Counseling, Malaysia, College students, Recording interviews |
|---|
| Subjects: | L Education |
|---|
| ID Code: | 8406 |
|---|
Repository Staff Only: item control page
|