Penggunaan Peta Konsep untuk Meningkatkan Pencapaian Mata Pelajaran Sejarah bagi Pelajar Tingkatan Dua
Zahara Aziz, and Nurliah Jair, (2009) Penggunaan Peta Konsep untuk Meningkatkan Pencapaian Mata Pelajaran Sejarah bagi Pelajar Tingkatan Dua. Jurnal Pendidikan (UKM), 34 (1). pp. 3-15. ISSN 01266020 Official URL: http://www.ukm.my/jurfpend AffiliationsUniversiti Kebangsaan Malaysia. Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia. Faculty of Education AbstractABSTRAK: Kajian ini bertujuan untuk melihat penggunaan peta konsep bagi meningkatkan pencapaian mata pelajaran sejarah bagi pelajar tingkatan dua. Selain itu, kajian ini juga ingin melihat sama ada terdapat peningkatan pencapaian pelajar yang diajar dengan menggunakan peta konsep. Seterusnya, kajian ini juga mengkaji tahap penerimaan pelajar terhadap peta konsep dalam proses pengajaran dan pembelajaran sejarah, dan sejauh mana kesan penggunaan peta konsep dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sejarah. Kajian ini telah dijalankan di sebuah sekolah di Cheras, Selangor. Kajian tindakan dijalankan secara kualitatif dan kuantitatif dengan sampel kajian terdiri daripada 37 orang pelajar dan seorang guru di sebuah sekolah di Cheras. Kajian ini menggunakan teknik peta konsep sebagai pemboleh ubah tidak bersandar dan pencapaian akademik sebagai pemboleh ubah bersandar. Kajian ini menggunakan dua set ujian aneka pilihan untuk ujian pra dan pasca, borang soal selidik untuk melihat tahap penerimaan pelajar terhadap penggunaan peta konsep, borang pemerhatian guru, persediaan mengajar, temu bual guru dan pelajar. Analisis data dilakukan dengan menggunakan statistik inferensi dan statistik deskriptif. Hasil dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan min pencapaian pelajar dalam ujian pra dan pasca antara jantina. Walau bagaimanapun, dapatan kajian telah menunjukkan wujudnya perbezaan yang signifikan min pencapaian pelajar dalam ujian pra dan pasca. Manakala tahap penerimaan pelajar terhadap peta konsep adalah pada tahap sederhana positif. Secara keseluruhan, peta konsep memberi sumbangan dalam meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sejarah.
ABSTRACT: The purpose of this research was to examine the usage of concept map in increasing students performance to increase students’ performance for history subject in Form 2. Besides that, this research also examined whether using concept map would increase students performance.Futhermore, this research also studied students acceptance towards concept map. This research was done in a school in Cheras, Selangor. Action research design employing the qualitative and quantitative methods with the research sample used was 37 students and one teacher from a school in Cheras. This research used concept map as a dependent variable and academic achievement as independent vari-able. The research used sets of multiple choice tests as the pretest and post test questionnaires to view students’ acceptance towards concept map, teacher’s observation form, lesson plan and also interviews between teacher and stu-dents. The analyzed data used was inferential and descriptive statistic. The research result showed that there was no significant difference in the means of achievement between genders in the pre and post-test. Meanwhile, there was a significant difference in the mean achievement of the pre-test and post-test. The students’ acceptance towards concept map was positive-medium. Overall, con-cept map was efficient in increasing students’ performance in history subject. | Item Type: | Journal |
|---|
| Additional Information: | Translation: The Use of Concept Maps in Improving Achievementin The Subject of History for Form Two Students |
|---|
| Keywords: | History, Study and teaching, Malaysia, Students performance |
|---|
| Subjects: | L Education |
|---|
| ID Code: | 8445 |
|---|
Repository Staff Only: item control page
|