Peranan Gurdwara dalam Pembentukan Identiti Sikh di Malaysia: Antara Ideal dan Praktis [The Role of Gurdwara in the Formation of Sikh Identity in Malaysia: Between Ideal and Practice]
Gill, Sarjit S., (2008) Peranan Gurdwara dalam Pembentukan Identiti Sikh di Malaysia: Antara Ideal dan Praktis [The Role of Gurdwara in the Formation of Sikh Identity in Malaysia: Between Ideal and Practice]. Akademika, 73 . pp. 27-50. ISSN 0126-5008 Official URL: http://pkukmweb.ukm.my/~penerbit/akademika/jademik.html AffiliationsUniversiti Putra Malaysia. Faculty of Human Ecology AbstractABSTRAK: Kajian etnografi ini adalah berkenaan peranan gurdwara dalam pembentukan identiti komuniti Sikh di Malaysia daripada segi sejarah dan transformasi institusi keagamaan tersebut. Pengumpulan data melalui kerja lapangan telah dilakukan dengan menggunakan kaedah pemerhatian ikutserta dan temubual mendalam di dua buah gurdwara, iaitu Gurdwara Sahib Tatt Khalsa Diwan (GSTKD) di Kuala Lumpur dan Gurdwara Sahib Kota Kinabalu (GSKK) di Sabah. Sebanyak sepuluh orang responden yang menjadi pengunjung tetap gurdwara telah ditemubual secara mendalam dalam kajian ini. Penglibatan komuniti Sikh dalam kegiatan keagamaan di gurdwara telah didorongi oleh pelbagai faktor termasuk kepentingan kekeluargaan, psikososial dan program keagamaan yang diadakan di gurdwara berkenaan. Kajian ini menunjukkan bahawa terdapat pelbagai bentuk konflik berkaitan peranan yang dimainkan oleh dua golongan utama dalam pengurusan gurdwara, iaitu Granthi Sahib (golongan religious specialist) dan Jawatankuasa Pengurusan Gurdwara (JPG) sehingga menyebabkan timbulnya masalah daripada segi kelicinan gurdwara memainkan peranannya sebagai institusi keagamaan dan dalam pembentukan identiti Sikh secara umumnya. Kajian ini juga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan ketara antara gurdwara di Kuala Lumpur dan gurdwara di Kota Kinabalu dari segi sokongan komuniti, kewangan, kemudahan asas dan struktur perjalanan program keagamaan. Justeru, pemahaman dan penghayatan keagamaan dalam kalangan pengunjung gurdwara di dua tempat berkenaan mempunyai perbezaan yang sangat jelas. Komuniti peranakan Punjabi di Kota Kinabalu ternyata mempunyai persepsi yang berlainan dari segi agama dan identiti Sikh berbanding orang Sikh di Semenanjung.
ABSTRACT: This enthnographical research examines the role of the Sikh Gurdwara in the formation of the Sikh identity in Malaysia. Two aspects were observed: the historical and the transformation of the religious institutions.Collection of data was done through participant observation followed by in-depth interviews at two Sikh places of worship: Gurdwara Sahib Tatt Khalsa Diwan (GSTKD) in Kuala Lumpur dan Gurdwara Sahib Kota Kinabalu (GSKK) in Sabah. In this study ten regular visitors to the gurdwaras were interviewed. Various reasons motivated the involvement of the Sikh community in the religious affairs at the gurdwara. These include fulfilling family needs, psycho social reasons and taking part in religious events organised by the gurdwara. There are two important groups at the gurdwara: Granthi Sahib (religious specialist group) and Gurdwara Management Committee(GMC). This research documents the various conflicts between both groups that had disrupted the smooth flow of the gurdwars's role as a religious indtitution, in general, and to build the Sikh identity, in particular. The reearch has also shown major differences between the two gurdwaras in Kuala Lumpur and Kota Kinabalu in terms of community support, finance, basic amenities and religious program structure. The Punjabi peranakan community in Kota Kinabalu clearly has different perceptions of the Sikh religion and identity compared to Sikhs in Semenanjung Malaysia. Repository Staff Only: item control page
|