Pendidikan Pendalangan di dalam Wayang Kulit Kelantan
Jamaludin Osman, (2002) Pendidikan Pendalangan di dalam Wayang Kulit Kelantan. Wacana Seni (Journal of Arts Discourse), 1 . pp. 33-52. ISSN 1985-8418 Full text not available from this repository. Official URL: http://www.usm.my/art/images/WACANA%20SENI%20JOURNAL%20OF%20ARTS%20DISCOURSE/JOURNAL_1%20PDF/PENDIDIKAN%20PENDALANGAN%20DI%20DALAM%20WAYANG%20KULIT%20KELANTAN_JAMALUDIN%20OSMAN.pdf AffiliationsUniversiti Sains Malaysia. AbstractTerdapat beberapa komponen yang akan dibincangkan merujuk kepada sistem pendidikan pendalangan. Komponen ini mempengaruhi antara satu dengan yang lain untuk mewujudkan mutu sistem pendidikan itu sendiri. Hal ini penting kerana sistem pendidikan dalang merupakan sistem yang disampaikansecara lisan. Kekuatan daya ingat, kefahaman, kebijaksanaan dan kesabaran antara guru dan murid diberi keutamaan semasa melaksanakan proses pendidikan tersebut. Di dalam proses pendidikan pendalangan, gabungan latihan secara formal dan tidak formal adalah penting. Hal ini menunjukkan kedua-dua sistem ini boleh diterima-pakai dan saling berkait bertujuan untuk melahirkan dalang yang berkebolehan. Walau bagaimanapun, seorang yang ingin diiktiraf sebagai dalang asli perlu melalui semua peringkat latihan formal.
Komponen-komponen yang terdapat dalam sistem latihan pendalangan itu sendiri menunjukkan tradisi pendalangan bukanlah perkara yang remeh. Oleh itu satu format (aturan) telah diwujudkan supaya sistem pendidikan tersebut berfungsi menghasilkan pelajar yang berkebolehan. Format pendidikan ini dikhaskan kepada dalang-dalang yang telah diiktiraf dan kepada calon dalang yang belajar secara formal. Komponen-komponen yang terdapat dalam sistem ini berasaskan perantisan dan latih-pandang. Format ini diwujudkan bertujuan, untuk membimbing bakal-bakal dalang, mengklasifikasikan peringkat penggelaran dalang dan mempertingkatkan mutu pendalangan. Maklumat dalam artikel ini berdasarkan temuramah dengan tujuh tokh wayang kulit iaitu Ariffin Ahmad, Che Mat Jusoh, Dollah Baju Merah, Hamzah Awang Amat, Hassan Omar, Jufri Yousof dan Pak Da Omar. Repository Staff Only: item control page
|