Kerja Lapangan Berterusan: Merungkai Pembandaran Lestari
Shaharudin Idrus, and Abdul Samad Hadi, and Abdul Hadi Harman Shah, and Ahmad Fariz Mohamed, (2007) Kerja Lapangan Berterusan: Merungkai Pembandaran Lestari. Akademika, 71 (Julai) . pp. 3-30. ISSN 0126-5008 Official URL: http://pkukmweb.ukm.my/~penerbit/akademika/jademik.html AffiliationsUniversiti Kebangsaan Malaysia, LESTARI Universiti Kebangsaan Malaysia, LESTARI Universiti Kebangsaan Malaysia, Faculty of Social Sciences and Humanities Universiti Kebangsaan Malaysia, LESTARI AbstractMakalah ini membicarakan persoalan tentang kerja lapangan berterusan (sustainable fieldwork) yang dijalankan secara sistematik dan tersusun dalam meneliti perjalanan dan proses pembandaran lestari menerusi pemerhatian terhadap perubahan gunatanah dalam tempoh masa mengikut dua skala/aras yang berbeza. Penelitian menerusi kerja lapangan berterusan ini mampu merungkai proses pembandaran lestari dengan lebih bermakna menerusi penjanaan metodologi, model dan teori berasaskan tempatan. Makalah ini juga mengungkapkan bahawa penekanan dan keperluan menjalankan kerjalapangan secara berterusan ini akan menghasilkan dapatan yang berkualiti dari perspektif tempatan sendiri. Penelitian terhadap perubahan gunatanah yang dilakukan pada dua aras yang berbeza ini dapat mentaksirkan sama ada impak yang terjelma itu membawa manfaat kepada penduduk di sekitarnya ataupun sebaliknya. Pemerhatian secara berterusan dalam sesuatu bidang dan kawasan ini mengundang tiga perkara penting, iaitu penghasilan model/teori, pemantapan metodologi dan peneguhan teknikteknik yang telah digunakan sejak sekian lama. Penelitian yang berterusan ini memberikan maklumat yang membolehkannya merungkai teori yang sedia ada untuk diperhalusi dan akhirnya mengungkapkan pula teori “baru” perubahan gunatanah berasaskan janaan faktor dalaman yang pula dapat mencari sesuatu model baru dari percikan situasi setempat.
This article discusses sustainable fieldwork, which is systematically carried out to examine the process of sustainable urbanisation through landuse changes and using two different scales as an example. Doing research through sustained fieldwork allows for a deeper understanding of the sustainable urbanisation process, and eventually enabling the researcher to conceptualise a local based methodology, model or theory. Continuous observations of landuse changes at two different scales will allow for a closer inspection of the impact of the changes, i.e whether it benefits the society or otherwise. This article also empasizes the need to conduct sustainable fieldwork to achieve quality data at the local level. Continuous observation will generate new information that can be used to refine available theories and eventually a “new” theory based on local observations can be formulated. | Item Type: | Journal |
|---|
| Keywords: | Pembandaran lestari, kerja lapangan berterusan, Selangor, guna tanah, sustainable urbanisation, sustainable fieldwork, Selangor, landuse, Malaysia |
|---|
| Subjects: | H Social Sciences, Economics, Sociology S Agriculture, Forestry G Geography. Anthropology. Recreation |
|---|
| ID Code: | 9655 |
|---|
Repository Staff Only: item control page
|