Perkaitan persepsi terhadap organisasi dengan kepuasan kerja dalam kalangan guru penolong kanan sekolah menengah negeri Melaka
Ahmad Jawahir Tugiman, and Rosli Saadan, and Mohd Nizam Yusof, and Hazmilah Hasan, (2009) Perkaitan persepsi terhadap organisasi dengan kepuasan kerja dalam kalangan guru penolong kanan sekolah menengah negeri Melaka. Journal of Human Capital Development, 2 (1). pp. 65-76. ISSN 1985-7012 Full text not available from this repository. Official URL: http://www.utem.edu.my AffiliationsUniversiti Teknikal Malaysia Melaka, Pusat Bahasa dan Pembangunan Insan Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Pusat Bahasa dan Pembangunan Insan Teknikal Malaysia Melaka, Pusat Bahasa dan Pembangunan Insan AbstractKajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti tahap kepuasan kerja dan perkaitannya dengan persepsi terhadap organisasi dalam kalangan Guru Penolong Kanan (GPK) sekolah menengah negeri Melaka. Objektif khusus kajian ini adalah untuk mengetahui perkaitan antara persepsi terhadap polisi organisasi, beban tugas dan kemudahan di tempat kerja dengan kepuasan kerja dewasa ini. Satu set soal selidik dugunakan untuk mengukur aspek-aspek persepsi kepuasan kerja responden yang terdiri daripada 104 orang GPK daripada 57 sekolah menengah di Melaka. Penemuan kajian menunjukkan majoriti GPK merasa puas dengan kerjaya mereka
demi mendaulatkan profesion perguruan. Dapatan kajian menunjukkan faktorfaktor organisasi seperti polisi organisasi, beban tugas dan kemudahan di tempat kerja mempunyai perkaitan signifikan pada tahap kebarangkalian 0.05 dengan kepuasan kerja dalam kalangan GPK. Berdasarkan penemuan kajian, antara cadangan yang dapat dilaksanakan oleh pihak Jabatan Pelajaran dan Kementerian Pelajaran Malaysia ialah memberikan penjelasan terhadap polisi organisasi kepada semua GPK dan berusaha untuk memperlengkap pelbagai kemudahan di tempat kerja agar mampu bersaing dalam menjana pembangunan modal insan. | Item Type: | Journal |
|---|
| Keywords: | persepsi, kepuasan kerja, guru penolong kanan, job satisfaction, teachers, Melaka, Malaysia, Teachers, Schools |
|---|
| Subjects: | H Social Sciences, Economics, Sociology |
|---|
| ID Code: | 9835 |
|---|
Repository Staff Only: item control page
|