creators_name: Mashkuri Yaacob, creators_name: Zainab A.N., creators_name: Edzan N.N., creators_name: Abrizah Abdullah, creators_id: mashkuri@um.edu.my creators_id: zainab@um.edu.my creators_id: edzan@um.edu.my creators_id: abrizah@um.edu.my type: conference_item datestamp: 2007-11-08 08:04:42 lastmod: 2008-07-18 05:47:23 metadata_visibility: show corp_creators: University of Malaya, Faculty of Computer Science & Information Technology title: Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Pengupaya Masyarakat Melayu Berasaskan Pengetahuan ispublished: unpub subjects: Z subjects: H full_text_status: public pres_type: paper keywords: Information rich society, Malay society, information and society abstract: Istilah kaya dan miskin maklumat kerap digunakan tanpa mengambilkira pengertiannya. Ia memerlukan pemahaman mengenai apa yang ditakrifkan sebagai maklumat, bagaimana ianya menjadi kaya dan bagaimana kekayaan ini dapat membantu dalam pertumbuhan ekonomi dan pembangunan atau pembentukan sebuah masyarakat berasaskan pengetahuan. Maklumat tidak berguna jika ianya tidak digunakan untuk sesuatu tujuan dan ianya menjadi berguna apabila kita menambahkan nilai kepadanya. Ini dilakukan dalam konteks spesifik atau berdasarkan pengalaman. Apabila maklumat digabungkan dengan konteks dan pengalaman, ianya berubah menjadi ilmu. Konteks di sini merujuk kepada pandangan hidup, nilai sosial, agama dan warisan kebudayaan seseorang individu. Pengalaman pula merujuk kepada ilmu yang diperolehi. Pemahaman dan interpretasi yang betul mengenai ilmu bergantung kepada pengalaman, keupayaan kognitif dan konteks dalam mana maklumat dikomunikasikan. Justeru itu, maklumat dan ilmu berhubungkait dengan kekayaan. Dengan itu, walau pun kehadiran dan keupayaan untuk mengakses maklumat merupakan kriteria penting dalam pengwujudan kekayaan atau kemiskinan maklumat, ilmulah yang merupakan penyumbang utama dalam membuat maklumat itu kaya kerana jika tanpa penambahan makna kepadanya, nilai maklumat yang ada dan boleh diakses adalah rendah. Ini bermakna ketidakupayaan untuk menambah elemen pembangunan kepada maklumat yang sedia ada akan menjadikan maklumat itu miskin dan ketidakupayaan ini menjadi penghalang kepada pembangunan dan kehidupan. Dalam konteks masyarakat Melayu pula, apa yang perlu diperolehi ialah maklumat yang merangsang ilmu di kalangan anggota masyarakat yang akan menggunakan ilmu ini untuk kebaikan sosial, ekonomi dan teknologi. Persekitaran maklumat yang sesuai memainkan peranan penting dalam menentukan kekayaan maklumat. Persekitaran maklumat ini merujuk kepada mesej dan maksud yang diperolehi oleh seseorang dalam kehidupan hariannya melalui perhubungan lisan atau penulisan perkataan dan melalui media. Tetapi, pengalaman dan ilmu peribadi boleh menghasilkan tahap pemahaman yang berlainan bagi persekitaran maklumat yang sama. Sehubungan dengan itu, kegagalan untuk menambah maksud kepada maklumat yang diperolehi dari konteks spesifik dan kegagalan untuk menggunakannya dalam persekitaran maklumat yang berbeza akan menghasilkan keadaan kemiskinan maklumat. Berlandaskan ini, masyarat yang kaya maklumat seringkali dikaitkan dengan masyarakat berasaskan ilmu. Masyarakat ini amat yakin dengan keupyaan mencari, mengguna dan menguruskan maklumat di dalam struktur dan infrastruktur sosio-ekonominya dan seterusnya menjana ilmu baru yang boleh disebar dan dikongsi bersama. Sebuah masyarakat yang kaya maklumat? Masyarakat kaya maklumat atau masyarakat berasaskan ilmu memerlukan kewujudan faktor-faktor yang boleh menyokong dan ianya meliputi lima keadaan: kewujudan persekitaran info-struktur yang sesuai, infrastruktur yang mantap dan berkeyakinan, komuniti yang celik ICT, komuniti yang mempunyai kemahiran maklumat yang berkaitan, dan kewujudan governans yang menyokong. Gambarajah 1 yang menunjukkan hubungkait faktor-faktor yang boleh menghasilkan masyarakat kaya maklumat atau masyarakat berasaskan ilmu diberikan. date: 2002 date_type: published pagerange: 1-16 event_title: Seminar Bahasa dan Pemikiran Melayu event_location: Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya event_dates: 15-16 Januari 2002 event_type: conference refereed: FALSE referencetext: Britz, J.J.; Blignaut,J.N. and Ponelis, S.R. 1999. Information rich-information poor: critical evaluation, description and proposed solutions. Paper presented at the Conference on the Social and Ethical Impact of Information and Communication Technologies (ETHICOM99), in Rome, 5-8 October 1999: 7p. Digital governance: building and sustaining democratic and accountable governance structures using ICT. 2000. Available at: http://www.cddc.vt.edu/ digitalgov/gov-criticalflow-models.html. Nath, Vikas. 2000. Heralding ICT enabled knowledge societies: way forward for the Developing countries. Available at: http://www.cddc.vt.edu/knownet/ articles/heralding.htm. Noor Bathi Badarudin, et al. 2001. Isu jurang digital di kawasan bandar: fokus kepada Taman Seri Sentosa, Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Kertas kerja yang dibentangkan di Bengkel Sehari Isu Jurang Digital dalam Bandar: Mencari Model yang Sesuai, 16 Mei 2001, Rumah Universiti, Universiti Malaya. The public awareness of science and technology, 1996. 1997. Kuala Lumpur: Malaysian Science and Technology Information Centre, Ministry of Science, Technology and the Environment. Science& engineering indicators USA.1993. Arlington, VA: National Science Foundation. citation: Mashkuri Yaacob, and Zainab A.N., and Edzan N.N., and Abrizah Abdullah, (2002) Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Pengupaya Masyarakat Melayu Berasaskan Pengetahuan. In: Seminar Bahasa dan Pemikiran Melayu, 15-16 Januari 2002, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. (Unpublished) document_url: http://myais.fsktm.um.edu.my/1026/1/INFO_RIC-mal.DOC