title: Analisis Deskriptif e-Forum dalam Pembelajaran Kursus Terjemahan di Universiti Kebangsaan Malaysia creator: Norwati Md Yusof, creator: Zaini Amir, subject: L Education description: E-pembelajaran tidak kira secara sepenuhnya atau secara gabungan (blending), memerlukan komitmen pelajar sebagai salah satu faktor dalam memastikan bahawa objektif e-portal dapat dicapai. Saranan dunia-tanpa kertas (paperless world) mungkin terlalu jauh untuk dicapai tetapi sebagai salah satu kaedah penyampaian maklumat untuk memastikan e-masyarakat di kampus, e-forum boleh menjadi gandengan yang sesuai dalam e-pembelajaran/pengajaran kerana penyertaan pelajar secara maya adakalanya lebih berkesan berbanding perbincangan kelas secara kehadiran fizikal. Makalah ini akan membuat analisis deskriptif satu e-forum dan pencapaian objektif perbincangan berdasarkan tiga topik perbincangan e-forum kursus yang dipilih tersebut. Perbincangan akan memfokus kepada kekerapan penyertaan pelajar, tahap keyakinan dan sumbangan pelajar serta pencapaian objektif perbincangan. Analisis kualitatif ini akan mengaitkan faktor-faktor seperti kemudahan dan kelebihan e-forum, kefahaman pelajar tentang tajuk yang dibincangkan serta pencapaian matlamat perbincangan. Cadangan juga akan diberi berdasarkan kesimpulan yang dibuat. publisher: School of Language Studies and Linguistics, Universiti Kebangsaan Malaysia. date: 2007 type: Journal type: PeerReviewed relation: http://www.fpbahasa.ukm.my/linguistics/Gema/page79_93.pdf identifier: Norwati Md Yusof, and Zaini Amir, (2007) Analisis Deskriptif e-Forum dalam Pembelajaran Kursus Terjemahan di Universiti Kebangsaan Malaysia. GEMA Online Journal of Language Studies, 7 (2). pp. 79-93. ISSN 1675-8021 relation: http://myais.fsktm.um.edu.my/1581/