%0 Journal Article %@ 1675-8021 %A Norwati Md Yusof, %A Zaini Amir, %D 2007 %F myais:1581 %I School of Language Studies and Linguistics, Universiti Kebangsaan Malaysia. %J GEMA Online Journal of Language Studies %K E-learning, Blended learning, e-forum %N 2 %P 79-93 %T Analisis Deskriptif e-Forum dalam Pembelajaran Kursus Terjemahan di Universiti Kebangsaan Malaysia %U http://myais.fsktm.um.edu.my/1581/ %V 7 %X E-pembelajaran tidak kira secara sepenuhnya atau secara gabungan (blending), memerlukan komitmen pelajar sebagai salah satu faktor dalam memastikan bahawa objektif e-portal dapat dicapai. Saranan dunia-tanpa kertas (paperless world) mungkin terlalu jauh untuk dicapai tetapi sebagai salah satu kaedah penyampaian maklumat untuk memastikan e-masyarakat di kampus, e-forum boleh menjadi gandengan yang sesuai dalam e-pembelajaran/pengajaran kerana penyertaan pelajar secara maya adakalanya lebih berkesan berbanding perbincangan kelas secara kehadiran fizikal. Makalah ini akan membuat analisis deskriptif satu e-forum dan pencapaian objektif perbincangan berdasarkan tiga topik perbincangan e-forum kursus yang dipilih tersebut. Perbincangan akan memfokus kepada kekerapan penyertaan pelajar, tahap keyakinan dan sumbangan pelajar serta pencapaian objektif perbincangan. Analisis kualitatif ini akan mengaitkan faktor-faktor seperti kemudahan dan kelebihan e-forum, kefahaman pelajar tentang tajuk yang dibincangkan serta pencapaian matlamat perbincangan. Cadangan juga akan diberi berdasarkan kesimpulan yang dibuat.